HIASAN RUMAH YANG MENJADI PILIHAN YI | Kuala Lumpur, 7 November 2017 - Setiap di antara kita selalu mengidamkan suasana rumah yang nyaman dan selesa. Begitu juga YI walaupun belum mendirikan rumahtangga lagi, tetapi suasana rumah la yang menjadi tempat menghilang kan penat lelah seharian bekerja. Hiasan rumah memainkan peranan yang penting untuk menjadikan mood setiap rumah.
YI sejak sekolah menengah suka menonton rancangan Hiasan Rumah, YI selalu tertarik dengan hiasan rumah yang ‘simple’ tetapi cukup untuk menimbulkan rasa tenang. Kali ini YI akan berkongsi sedikit dengan hiasan rumah yang menjadi pilihan YI.
RUANG TAMU
Bagi YI simple dan kemas menjadi pilihan YI tidak la nampak serabut cukup la sekadar apa yang perlu. Selain bilik tidur Yi suka menghabiskan masa di ruang tamu. So pastinya YI akan memilih untuk menjadikan ruang tamu mudah untuk di urus.
YI juga suka dengan corak yang simple contoh ‘Cushion Cover’ YI akan memilih Hitam putih sebab tampak simple dan juga corak nyer yang seakan timbul. Walau pun nampak susah nak jaga tapi sebenarnya mudah.
Panda comel ni la selalu menjadi peneman YI ketika YI menonton movie atau sedang menyiapkan article blog YI. Dimana YI berada tak kisah la rumah parent atau rumah YI sendiri Panda comel ni selalu ada untuk YI, yang rapat dengan YI pasti tahu.
Sudah tentu ‘Kufi Hat’ juga menjadi satu pilihan YI untuk menghiasi dan pelengkap ruang tamu YI.
Untuk ruang tamu YI lebih suka menggunakan ‘Day Curtain’ berbanding ‘Night Curtain’ kerana ‘Day Curtain’ memberi pencahayaan yang lebih baik pada siang hari, simple kan.
DAPUR DAN RUANG MAKAN
Pasti kebanyakan yang masih bujang terutamanya si jejaka teruna pasti untuk memilih untuk makan di luar. Tapi bukan YI, YI lebih suka masak sendiri berbanding untuk makan diluar walaupun hanya untuk seorang makan tetap memilih untuk masak. Untuk memulakan minat untuk memasak, sudah tentu untuk beli alatan memasak yang cukup untuk si jejaka teruna.
Yi sendiri membeli perkakas dapur satu per satu untuk melengkapkan koleksi barang dapur. Susun atur hiasan dapur sangat penting untuk menimbulkan perasaan untuk masuk ke dapur. Ruang makan pula YI suka yang agak besar yang boleh memuatkan 6 - 8 orang untuk duduk sekali dalam satu masa, di mana masa makan la masa sangat banyak kita habiskan bersama.
BILIK TIDUR
Bilik tidur pastinya menjadi tempat kegemaran setiap insan, bagi YI perkara nombor 1 ialah pilihan bantal. Bantal yang YI selalu guna ialah “Avant Garde” hotel koleksi sangat “cozy” dan selesa. Cadar pula YI selalu pilih material “Tencel” bagi korang yang dah mengunakan “Tencel” pasti tidak akan mengunakan material lain. Hiasan bilik tidur juga YI suka yang sangat minimalis.
Untuk langsir di bilik tidur YI akan mengunakan “Night Curtain” yang jenis “Sun Out” yang bermaksud material yang menghalang cahaya luar untuk tembus ke dalam bilik. So boleh tidur lebih lama tanpa menghiraukan cahaya matahari masuk ke dalam bilik.
BILIK MANDI
Orang kata macam mana nak kenal orang tu, tengok bilik mandi dia bersih ke tak. Bilik mandi sangat penting bagi YI untuk menentukan tahap kebersihan seseorang. So bagi YI sendiri kalau boleh setiap hari nak cuci bilik mandi. Kebanyakan apartmen di malaysia bilik mandi tidak la seluas mana. So susun atur sangat la penting dan juga hiasan mesti la minimalis untuk mengurang kan penggunaan ruang yang terhad.
Semua tempat dah YI dah cerita kan, pasti korang mempunyai pilihan korang sendiri untuk menghias rumah korang. Walaupun YI masih belum berumah tangga, rumah seperti sudah berkeluarga menjadi pilihan YI, kerana baru terasa suasana seperti di rumah.
No comments:
Post a Comment