Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Ombak Dive ResortTravel

OMBAK DIVE RESORT, PULAU PERHENTIAN KECIL

OMBAK DIVE RESORT, PULAU PERHENTIAN KECIL | Terengganu, 1 April 2019 - Hi Korang, baru-baru ini YI berkesempatan untuk ke Pulau Perhentian Kecil. Kali ni YI bersama rakan blogger yang lain akan merehatkan diri 3 hari 2 malam di OMBAK DIVE RESORT.



OMBAK DIVE RESORT memulakan beroperasi pada tahun 2012, resort yang dimiliki oleh Datuk Zulkifli Mohd. Sharif dan isteri, Datin Nur Salinda SabarOMBAK DIVE RESORT berkonsepkan Nusantara yang diilhamkan sendiri oleh Datuk Zulkidli dan Datin Nur Salinda. Dekorasi OMBAK DIVE RESORT yang santai dan segar ditambahkan pulak dengan pokok-pokok yang menghijau menjadikan pengunjung OMBAK DIVE RESORT begitu selesa dengan susana di sini.


OMBAK DIVE RESORT mempunyai pelbagai jenis bilik tidur yang sangat selesa serta kemudahan  yang cukup dan kawasan yang dilengkapi dengan CCTV menambah keselamatan pegunjung yang berada di sini. Bukan itu saja, pengunjung tak perlu risau elektrik di sini tidak seperti di sesetengah tempat lain kerana bekalan elektrik di  OMBAK DIVE RESORT 24 jamOMBAK DIVE RESORT mempunyai 25 buah bilik  kesemuanya termasuklah bilik single, twin triple dan quadruple sharing rooms.

Bagi pengunjung yang ingin berbulan madu, OMBAK DIVE RESORT juga mempunyai bilik suites eksklusif yang memberikan ruang lebih privasi kepada pengunjung serta mempunyai balkoni sendiri. Untuk menambahkan keselesaan pelanggan, kesemua bilik OMBAK DIVE RESORT dilengkapi dengan tilam latex serba baharu, kemudahan bilik air di dalam bilik serta memiliki siling yang tinggi untuk pengudaraan yang lebih baik.





Tarif bilik OMBAK DIVE RESORT bermula dari RM290 termasuk sarapan pagi untuk dua orang. OMBAK DIVE RESORT juga menawarkan pakej - pakej yang menarik : 

4 days 3 night Snorkeling Package = RM 955 per pax

3 days 2 night Snorkeling Package = RM 690 per pax

4 days 3 night Free and Easy Package = RM 865 per pax

3 days 2 night Free and Easy Package = RM 600 per pax 

3 days 2 night Honeymoon Package = RM 695 per pax


Bagi pengunjung OMBAK DIVE RESORT tidak lengkap jikalau tidak menikmati sendiri hidangan yang terdapat di OMBAK CAFE. OMBAK CAFE yang menawarkan pelbagai sajian antarabangsa seperti masakan Cina, India, Itali, Thailand, Western, Asia serta sajian barbeku.



OMBAK CAFE cukup terkena dengan kelazatannya kerana semuanya disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman dan yang paling penting sedap. Harga hidangan di OMBAK CAFE tidaklah begitu mahal, serendah RM15 hingga RM60 sahaja, pasti memenuhi selerasa pengunjung.




Di sebelah malamnya pula, pengunjung yang menginap di OMBAK DIVE RESORT ini akan dihiburkan dengan persembahan api oleh pemain api yang berpengalaman. Persembahan selama setengah jam yang bermula pada pukul 7.30 malam itu pastinya memukau hati para pengunjung yang berada di sini. Pengunjung juga boleh menikmati juadah enak dari OMBAK CAFE sambil menonton filem di panggung terbuka di bahagian luar OMBAK CAFE.


Bagi pengunjung yang berminat dengan sukan skuba, jangan lepaskan peluang untuk menyelam di dasar laut pulau yang tersenarai di antara 100 buah pulau yang terbaik di dunia. OMBAK DIVERS menawarkan pelbagai pakej kursus menyelam untuk pelbagai peringkat kepakaran, OMBAK DIVERS diiktiraf sebagai pusat latihan skuba oleh Professional Association of Diving Instructors (PADI) yang disahkan dan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Untuk pengunjung yang ingin merakamkan gambar atau video menyelam di dasar laut, OMBAK DIVERS turut menyediakan kelengkapan yang cukup untuk merakam momen-monen indah pengunjung.





Bukan itu sahaja, pakej snorkeling dengan harga istimewa turut ditawarkan. Para pengunjung yang menginap di OMBAK DIVE RESORT boleh menyewa peralatan berjenama Aqualung itu dengan harga yang sangat berpatutan. Antara tempat menarik yang dibawa untuk snorkeling ialah Turtle Beach, Turtle Point dan Shark Point. Di sini pengunjung boleh melihat sendiri penyu dan anak jerung.

Untuk mengetahui lebih lanjut dan pakej-pakej menarik yang ditawarkan di OMBAK DIVE RESORT ini, boleh layari:

FB: Ombak Perhentian Island
IG: @ombakdiveresort.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib