Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
AmbuyatFood

AMBUYAT MAKANAN TRADISI ORANG MELAYU BRUNEI

AMBUYAT MAKANAN TRADISI ORANG MELAYU BRUNEI  | Kota Kinabalu, 2 March 2019 - Ambuyat sejenis hidangan yang berasal dari sagu yang terdapat di pohon rumbia.


Ambuyat merupakan makanan yang popular di Brunei, Sabah, Labuan, dan Sarawak di mana Ambuyat juga dikenali sebagai Linut.


Kali ni saya akan berkongsi dengan anda di mana untuk mendapatkan Ambuyat di Kota Kinabalu . Brunei Satay House merupakan sebuah restoran yang menyajikan makan masakan panas, satay brunei dan makanan tradisional brunei.


Menu Ambuyat menjadi pilihan di sini dan Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan ambuyat sekitar candas dan kemudian mencelupkannya ke dalam cicah atau sos yang disediakan.

Untuk hidangan Ambuyat di Brunei Satay House anda perlu membuat tempahan sekurang-kurang sehari sebelum. Untuk mengelakan lambat di hidangankan atau habis. Harga set ambuyat disini hanya RM 12.90 satu set yang cukup untuk 2 - 3 orang.


Jika tiba di Brunei Satay House jangan lupa untuk mencuba sendiri satay yang dihidangankan disini. Set satay yang bermula dari RM 9.90 cukup berbaloi dengan porsi yang dihidangankan.




Bukan itu sahaja banyak menu yang istimewa yang terdapat disini seperti kelupis, ko chung, nasi kambing hitam berapi, nasi butter chicken BSH, nasi kuning ayam madu, nasi ayam penyet, sup isi ikan putih dan banyak lagi.







Lokasi Brunei Satay House di Indah Permai sangat stratigik mudah di lihat dari jalan utama kepada anda yang pertama kali untuk datang kesini sangat mudah untuk anda menjumpai Brunei Satay House.

Waktu operasi Brunei Satay House di Indah Permai:

Sabtu - Khamis 12.00 tengah hari - 10.30 malam Jumaat 1.30 petang - 10.30 malam

Cawangan lain juga berada di Beaufort, Papar dan Tuaran.

Untuk maklumat lanjut anda boleh follow BSH di : 

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib