PUDING RAJA PEKAN TERDAPAT DI FOOD MARKET, CHERAS | Kuala Lumpur, 1 Mar 2019 - Puding Raja Pekan atau dikenali sebagai Royal Pudding merupakan hidangan pencuci mulut yang dulunya hanya di hidangkan kepada kerabat diraja Pahang. Kini Puding Raja Pekan sangat popular terutama pada bulan Ramadan dan juga di majlis-majlis mesyukuran.
Resepi Puding Raja Pekan asalnya dikongsikan oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Hajah Azizah Aminah dalam buku masakannya bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang". Resipi Puding Raja Pekan merupakan resepi turun temurun.
Baru - baru ini saya kebetulan berada Bandar Permaisuri Cheras bersama rakan-rakan yang lain singgah ke Food Market untuk membeli Puding Raja Pekan.
Di Food Market bermacam-macam jenis produk tempatan ada terjual yang dari Melaka, Pahang, Pulau Pinang, Kelantan. Boleh di katakan produk tempatan seluruh Malaysia boleh di dapati disini.
Kembali tujuan asal ke sini untuk mancari Puding Raja Pekan. Reseki menyebelahi saya dapat juga beli Puding Raja Pekan sebab dah nak balik ke Kota Kinabalu esok yer.
Puding Raja Pekan penuh dengan pelbagai bahan menjadikan saya lagi berserela nak merasa sendiri maklum la baru pertama kali. Jala Emas, Pisang Lemas Manis, Kurma, Gagus dan di curahkan dengan susu cair menjadikan Puding Raja Pekan sedap dan berkrim.
Pasti anda nak tahu harga Puding Raja Pekan kan. Puding Raja Pekan dijual dengan harga RM 9.90 setiap satu. Dengan kemasan yang menarik Peding Raja Pekan susuai untuk dijadikan buah tangan atau "door gift" kepada tetamu undi majlis kesyukuran anda.
Bagi anda yang ingin merasa sendiri Puding Raja Pekan korang boleh ke:
Food Market
17,
Jalan Dwitasik,
Dataran Dwitasik,
56000 Kuala Lumpur.
Phone: 019-666 4889
No comments:
Post a Comment