BERMODALKAN RM500, KINI NUR SAJAT MILIKI BANGLO DATO’ ALIFF SYUKRI | Kuala Lumpur, 24 Januari 2017 - Baru-baru ni Dato' Alif Syukri memuat naik gambar di instagram Dato' Aliff Syukri dimana Dato' Aliff Syukri terpaksa berpindah. Dengar citer dijual kepada Nur Sajat.
Nur Sajat, pengasas syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd mengumumkan pembelian banglo mewah milik Dato’ Aliff Syukri dalam satu temubual khas di Hotel Royal, Kuala Lumpur. Dato’ Aliff Syukri turut mengumumkan berkenaan pembelian tersebut oleh Nur Sajat tanpa menyatakan nilai tunai dalam laman Instagram miliknya hari ini.
Semasa pertemuan kami bersama pengasas syarikat Nur Sajat Aesthetic Sdn Bhd, Nur Sajat juga sempat berkongsi kisah bermulanya sebagai usahawan dan kini bergelar jutawan muda.
Kehidupan Nur Sajat ini tidak bermula dengan emas permata. Membesar dalam didikan sempurna oleh kedua ibu bapanya yang hanya merupakan peniaga di tapak pasar malam, Nur Sajat bertekad ingin mengubah nasib keluarganya ketika itu. Fizikal Nur Sajat menjadi bahan tawa, namun dorongan ibunya menjadi sumber kekuatan untuk Nur Sajat terus bertahan dan mencapai impiannya.
Menerusi laman Instagram miliknya @nursajat02, Nur Sajat turut berkongsi suka duka kehidupannya yang rumit berbanding orang lain. Dihentam dengan tohmahan sehingga hari ini, Nur Sajat bangkit menerima qada & qadar Tuhan selepas terlantar dalam kemalangan. Berbekalkan modal cuma RM500 di ibu kota Kuala Lumpur, Nur Sajat mula membina empayar jenamanya sendiri tanpa menoleh ke belakang.
Jenama kosmetik Let’s Cantik by Nur Sajat merupakan langkah pertama Nur Sajat berkecimpung dalam industri perniagaan bermula pada 2015. Penat lelah selama 2 tahun akhirnya menjadikan Nur Sajat antara JUTAWAN MUDA di Malaysia hari ini. Nyata strategi pemasaran viral berbekalkan modal wang saku RM500 membuahkan hasil. Nur Sajat kini turut memiliki Pusat Kecantikan Nur Sajat Beautician yang terletak di Ampang dan Shah Alam.
Dimasa yang sama, Nur Sajat hari ini mengumumkan penganjuran SEMINAR BICARA USAHAWAN BERSAMA NURSAJAT di seluruh negara bermula Mac 2017. Seminar dengan yuran terendah hanya RM50 ini bertujuan membentuk usahawan baharu dan berkongsi tips pemasaran efektif untuk yang mahu menjana sumber pendapatan menerusi cabang perniagaan.
Terhad kepada 50 peserta terawal, bagi korang yang berminat hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM50.00 ke akaun bank RHB NURSAJAT AESTHETIC SDN BHD: 2122-73000-5272-1 dan mendaftar nama penuh, nombor kad pengenalan serta nombor telefon ke Puan Wati di talian 011-11938834 atau Puan Akmal di talian 016-9888217.
Ikuti laman Instagram @nursajat02 untuk maklumat lanjut serta perkembangan semasa mengenai lokasi terkini seminar di setiap negeri.
No comments:
Post a Comment