MYFOODLOFT HIDANG MAKANAN SELURUH MALAYSIA - KUALA LUMPUR, 24 DECEMBER 2016 - Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia, YBhg. Datuk Haji AB Ghaffar Bin A.Thambi telah melancarkan MyFoodLoft Kuala Lumpur serta menandatangani memorandum persefahaman antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Next Generation Movement, Anak Muda Islam Malaysia, Persatuan Penulis Pelancongan Malaysia (TRAM) dam MyFoodLoft.
Objektif penubuhan MyFoodLoft Fiesta ini adalah untuk membantu dan memperkasa usahawan industri makanan halal dan industri pelancongan.
Di MyFoodLoft, pengunjung dari seluruh dunia berpeluang untuk merasakan hapir 1500 juadah dari seluruh Malaysia dan antarangbangsa dimana kesemua juadah ini Halal dan dijual dengan harga yang berpatutan. Malah, 60 outlet makanan yang mengikut citarasa terkini. MyFoodloft juga bakal dijadikan "One Stop Centre" manataknya syurga makanan dibawah satu bumbung.
MyFoodLoft akan beroperasi seawal 7 pagi sehingga 2 pagi setiap hari dan bakal dibuka sepenuhnya pada bulan Mar 2017. Setelah dibuka sepenuhnya nanti pengunjung dapat melihat 13 buah gerai yang mewakili setiap negeri yang terdapat di Malaysia bukan itu sahaja setiap pengunjung dapat meraksan sendiri hidangan istimewa dari negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.
Dijanghka 20 000 orang pengunjung akan mengunjungi MyFoodLoft dan MyFoodLoft akan menjadi "Biggest Halal Entertainment Mall" di Malaysia. Kedudukan MyFoodLoft juga strategik di tengah pusat bandaraya akan membuatkan MyFoodLoft, Lulu Hypermarket dan Jakel Mall manjadi "Biggest Halal Intergrated Shopping and Food Hub" di Kuala Lumpur.
Selain itu, Halal Kiosk telah diwujudkan di MyFoodLoft bagi membuka peluang kepada usahawan untuk menjual produk Halal. Projek Halal Kiosk ini akan disediakan dengan kadar sewaan harian pada harga rendah bagi membantu ushawan menetapkan sendiri tempoh peniagaan mengikut kemampuan dan tidak membebankan.
MyFoodLoft Fiesta merupakan idea pemilik pusat makanan ini dimana terdapat fiesta yang akan diadakan setiap bulan di MyFoosLoft. Fiesta ini disikong oleh kerajaan terutama Kementerian Pelancongan dan Kebidayaan Malaysia dimana pada setiap bulan akan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di MyFoodLoft bagi menarik ramai pelancong samada dalam atau luar negara untuk mengunjingi MyFoodLoft.
No comments:
Post a Comment