KE SINGAPURA BERSAMA OH JALAN - Kuala Lumpur, 30 December 2016 - Syukur niat nak bawa adik jalan-jalan ke Singapura termakbul. Sebenarya YI bercadang nak bawa adik Yi ke Singapura waktu cuti sekolah dari adik YI belum sampai di Kuala Lumpur. Niat hampir nak dibatalkan sebab takde budget time tu.
Kebetulan pulak Oh Jalan mempelawa YI untuk menemani rombongan dari Indonesia untuk ke Singapore. YI time tu bersyukur sangat dapat juga bawa adik YI sekali ke Singapura dalam takde budget. Sebelum YI menceritakan pegalaman YI bersama Oh Jalan. YI nak kongikan serba sedikit tentang Oh Jalan.
Oh Jalan di tubuhkan oleh Puan Ainny yang baru berusia 28 tahun. bermula pada 4 tahun lepas dimana Puan Ainny mengikut satu trip lawatan ke Singapura dimana trip yang Puan Ainny ikut tu telah diasaskan oleh seorang belia yang berusia awal 20-an. Puan Ainny rasa terpanggil "Dia boleh buat kenapa aku tidak" dari saat itu Puan Ainny telah menubuhkan Oh Jalan dan kita Puan Ainny bersama rakan kongsi sama-sama menjalankan Oh Jalan.
Perjalanan ke Singapura bersama Oh Jalan
Kami berkumpul disebuah hotel di Kuala Lumpur pada 11 malam untuk memulakan perjalan kami ke Singapura. Kami tiba di JB Sentral, untuk bersihkan diri. Selepas semua siap dan sarapan kami terus Komplex CIQ Johor Bahru untuk melepasi Immigration Malaysia seterusnya ke ICA Woodlans Singapura untuk Immigration Singapura. Setelah selasai kami disambut oleh Tour Guide Singapore untuk memulakan perjalan kami di Singapura.
Tempat pertama yang kami kunjungi kami ialah Merlion Park, kami diberi masa untuk bergambar di sini. Merlion merupakan tugu dengan kepala singa dan berbadan ikan. Nama Merlion diilhamkan dari mermaid atau ikan duyung dan lion atau singa. Tugu merlion ini direka oleh Fraser Brunner untuk Kementerian Perlancongan Singapura pada tahun 1964 dan telah diisytihar sebagai lambang rasmi Singapura pada tahun 1997.
Berdasarkan kempen publisiti Singapura Tourism Board, kepala singa dan badan ikan mengingati makhluk cerita dongengan Sang Nila Utama, saksi kepada haiwan pelik itu ketika memburu di sebuah pulau, dalam perjalanan ke Melaka. Pulau itu akhirnya menjadi pelabuhannya Temasek dan sekarang Singapura.
Setelah semua siap kami pun ke Masjid Sultan untuk solat dan Arab Street untuk makan tengah hari. Masjid Sultan ialah sebuah masjid di Singapura yang terletak di kawasan Kampung Glam. Ia merupakan sebuah masjid terpenting negara Singapura.
Kami ke Bugis Street untuk membeli-belah, Bugis Street terkenal dengan Bugis Junction Shopping Complex dimana ramai pelancong akan singah disini untuk membeli cendermata untuk dibawa pulang Bugis Street juga sering dikunjungi oleh ramai rakyat Singapura.
Kami meneruskan ke Orchard Road untuk meneruskan shopping dan juga singgah untuk solat. Jalan Orchard (Orchard Road) adalah jalan di Singapura menempatkan pusat retail dan hub hiburan. Jalan ini merupakan tempat pelancongan. Semasa pidato tahun 2005, perdana menteri Lee Hsien Loong mengatakan beliau akan mendirikan lebih banyak bangunan tanah markah untuk menarik lebih perhatian.
Destinasi terakhir kami untuk trip kali ni ialah Pulau Sentosa. Pulau Sentosa dahulu disebut sebagai Pulau Belakang Mati adalah nama sebuah pulau yang terletak di selatan Singapura. Pulau ini terkenal sebagai tempat berlabuh dan tempat pelancongan.
Pulau ini merupakan salah satu lokasi terletaknya simbol negara Singapura iaitu Merlion. Luas Pulau Sentosa semakin hari semakin bertambah kerana Singapura menambak wilayahnya dengan mengimport pasir dari kawasan Kepulauan Riau, Indonesia untuk perbangunan kondominium dan banglo-banglo mewah serta projek Peranginan 'The Resorts World And 1st Singapore Casino'
Setelah selasai kami pun keluar dari Singapura melalui Tuas Link kedua dan terus balik ke Kuala Lumpur. Setakat ini perkongsian YI ni, terima kasih Oh Jalan sudi bawa YI untuk trip kali ni.
No comments:
Post a Comment