Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Cold StorageEventRumah Juara.

COLD STORAGE MERAIKAN ANAK-ANAK DARI RUMAH JUARA SEMPERNA KRISMAS

COLD STORAGE MERAIKAN ANAK-ANAK DARI RUMAH JUARA SEMPERNA KRISMAS - KUALA LUMPUR,  21 December 2016 - Baru-baru ini 50 anak-anak dari Rumah Juara telah diraikan semperna Krismas bertempat di Cold Storage, Sunway Putra Mall. Turun hadir Encik Pierre Olivier Deplanck, CEO, GCH Retail Malaysia Sdn Bhd.


Cold Storage mengedarkan hadiah kepada anak-anak dari Rumah Juara dan juga Cold Storage menyumbang sebanyak RM 20,000 kepada Rumah Juara. Rumah Juara yang terlatak di Petaling Jaya bertangjawab untuk menjaga anak-anak dari usia 3-17 tahun. Cold Storage berbesar hati meraikan anak-anak Rumah Juara semperna Krismas untuk menjadilan salah satu kenangan bersama Cold Storage. Pelbagai aktiviti yang menaraik telah disediakan untuk anak-anak Rumah Juara seperti pertunjukkan silap mata, badut, mengecat muka, koir dan banyak lagi, yang paling dinantikan adalah aktiviti penyampaian hadiah.


"Setiap perayaan, kami di GCH Retail sangat komitet untuk berkongsi kegembiraan bersama komuniti. Kami percaya Krismas merupakan satu majlis dimana mempunyai nilai kasih sayang, kekitaan yang perlu ditujukan kepada anak kecil seperti Rumah Juara. Krismas juga mepupuk kasih sayang, berkongsi dan juga memberi, kami berharap semperna majlis sederhana ini, kami memberi kenangan manis kepada anak-anak Rumah Juara." Encik Deplanck berkata. 


"Kami berbesar hati dijemput ke majlis ini oleh Cold Storage. Bukan setiap hari anak-anak Rumah Juara mendapat peluang untuk kesini. Lebih-lebih untuk bersama dengan masyarakat yang penyayang dan berhati mulia menyambut Krismas." Tambah Cik Cecilia, Penyelia Rumah Juara.


Cold Storage telah melancar satu CSR program iaitu "Share the Joy of Christmas with Cold Storage" untuk mengalakan penguna memberi hadiah kepada Rumah Juara dan juga Rumah Pelindungan yang lain. Sambutan dari penguna amat memberangsangkan. 


GCH Retail telah memperuntukan RM 2 juta setiap tahun untuk CSR progam sahaja. Ini memfokuskan kepada komuniti kurang berkemampuan termasuk anak-anak dan juga warga emas. Malah mangsa bencana alam juga tidak ketinggalan. 

Kredit Gambar:
www.amirnawani.com

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib