DASHING ADVENTURER 2.0 DEODORAN 'NO GAS' PERTAMA DI MALAYSIA | KUALA LUMPUR, 28 November 2016 - Setiap kali travel YI setiasa mementingkan kesegaran diri, ye la takut badan berbau. Nanti orang sesekeliling tak selesa pulakkan. Bila badan berbau pasti korang pun tak yakin dan tak selesa untuk berhadapan dengan orang ramai. Sebagai seorang yang kaki travel dan juga seorang blogger YI perlu setiasa yakin dan segar dimana sahaja.
DASHING ADVENTURER 2.0 dengan inovasi deodoran tanpa gas pertama di Malaysia senang nak dibawa kemana sahaja. Selalu bila travel atau pergi ke mana-mana event, kalau kena tempat yang bercuaca agak panas dan tiada pendingin hawa, memang satu masalah besar bagi YI. Sebab YI jenis yang cepat berpeluh walau pun panas sedikit. Bau badan menyadi musuh ketat YI so deodoran YI selalu mencari yang terbaik.
Kali ni YI akan berkongsi dengan orang semua DASING ADVENTURER 2.0 dengan bangganya mengumumkan pelancaran semula koleksi ADVENTURER yang merangkumi Deodoran, EDT dan wangian Roll-On. Wangian baru yang dirumus khas mampu bertahan lebih lama dan memberikan kesegaran sepanjang hari, terutamanya korang yang aktif. 2 variasi produk ini dinamakan sebagai BOLD 2.0 dan EDGE 2.0.
- Haruman beraroma akuatik yang segar dan menarik. Lapisan hijau segar dengan nota alami yang terbit dari aroma patchouli membangkitkan kesegaran. Nuansa lumut pada wangian ini menjadikannya lebih maskulin, gerah dan mengasyikkan!
- Bold 2.0 sangat sesuai bagi para jejaka yang inginkan kembara yang berterusan di dalam kehidupan mereka. Keyakinan sememangnya wujud dalam diri mereka dan DASHING kini hadir untuk membebaskan semangat yang terpendam itu.
- Lapisan citron, kupasan lemon dan daun lemon yang penuh kesegaran bergabung dengan haruman ringan yang terbit dari geranium dan tumbuhan hijau. Nuansa kayu cedar menambahkan sifat “woody”. Seterusnya, sedikit ambar untuk mencipta sebatian yang berakhir dengan haruman gaharu dan lumut yang menyamankan, dengan segera memberikan anda kesegaran.
- Edge 2.0 adalah perlambangan lelaki sejati di peringkat belia mereka tetapi dalam bentuk haruman; mereka adalah peneroka yang bercita-cita serta tidak sabar untuk meneroka wilayah yang belum diterokai. Sama seperti bagaimana mereka mengidamkan lebih pengembaraan dalam kehidupan, kesegaran pada setiap masa akan menetapkan semula mood mereka dan meningkatkan tahap tenaga mereka ke paras tertinggi, sekali gus membolehkan mereka memulakan hari baru mereka.
DASHING ADVENTURER 2.0 memperkenalkan inovasi terbaru dalam rangkaian produk dinamik – Dedoran semburan ‘NO GAS’ yang pertama di Malaysia. Selalunya semburan deodoran tradisional yang hanya dapat bertahan selama 3 minggu akibat penggunaan harian, semburan ‘NO GAS’ ini mengandungi pati deodoran tulen yang mampat dan boleh memberi sehingga 750 semburan setiap botol dan dapat bertahan sehingga 2 bulan.
Selain daripada memberi manfaat 6-dalam-1, korang juga boleh menikmati keharuman berganda serta penjimatan kos! Selain itu, teknologi pengeringan segera akan memberikan rasa kering pada kawasan bawah lengan anda dan mengelakkan pertumbuhan bakteria di samping memberikan kesegaran sepanjang hari.
Harga Rangkaian DASHING ADVENTURER 2.0:
- EDT 50ML – Terdapat dalam 2 variasi, EDGE 2.0 dan XTREME dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
- EDT 100ML – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 34.50 termasuk 6% GST.
- Semburan Deodoran ‘NO GAS’ 150ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 18.90 termasuk 6% GST.
- Deodoran Roll-Ons 40ml – Terdapat dalam 3 variasi, BOLD 2.0, EDGE 2.0 dan PURE ENERGY dijual pada RM 6.50 termasuk 6% GST.
Wow macam menarik jer! nak beli la harga pun murah :D
ReplyDelete