Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
EventMAHA2016

WAJIB PERGI MAHA 2016 BESAR, MENARIK, BERBALOI

WAJIB PERGI MAHA 2016 BESAR, MENARIK, BERBALOI| SERDANG, 11 December 2016 - Akhirnya semalam YI dapat juga pergi ke MAHA 2016. Apa itu MAHA 2016Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016) yang akan berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor. Yang berlansung dari 1 - 11 December 2016 bermula 10 pagi hingga 10 malam. 
Dengan bertemakan


Macam mana nak ke MAHA 2016? 

Dengan KERETA: Pelawat boleh masuk melalui PINTU 1 (Hospital Serdang) atau PINTU 2 (SKVE). Apabila menggunakan Waze, hanya taip "MAEPS Serdang" atau "MAHA 2016".

Dengan PENGANGKUTAN AWAM: Perkhidmatan PERCUMA ulang-alik bas Rapid KL di terminal bas di seberang stesen keretapi Serdang KTM, UPM dan di IOI City Mall Putrajaya.

Jika korang datang dengan kereta, korang perlu meletak kereta di kawasan letak kereta yang diperuntukkan dan selepas itu berjalan ke arah pintu masuk. Terdapat kira-kira 7,000 tempat letak kereta. Bayaran letak kereta adalah RM 5 bagi setiap kereta.

Perhitmatan "hop on hop-off" trem, bas Rapid KL dan traktor (trem ditarik oleh traktor) Disediakan untuk membawa korang sepanjang berada di MAHA 2016 secara PERCUMA.

Apa yang terdapat di MAHA 2016?

Berlangsung selama 11 hari, MAHA 2016 mempamerkan pelbagai program dan pameran yang menggabungkan Peladang, Penternak, Nelayan, Pengusaha, Agensi, Peniaga dan Pelabur bersama pelbagai aktiviti yang menarik di rangka khas untuk memeriahkan MAHA 2016.

Antara senarai program, aktiviti dan pameran yang menarik diadakan pada MAHA 2016 kali:
  • Pelbagai pameran dan event di Pavilion pameran - Agensi dalam dan luar negara
  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran & Herba
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas
  • Kampung Durian Runtuh Upin & Ipin
  • Kampung Mak Cun
  • Festival Muzik Ritma Petani
  • Tapak Perkhemahan untuk 5,000 remaja
  • Kelulut Walk
  • Seminar dan workshops
  • Peluang membina networking
  • Persembahan dan pelancaran produk
  • Demontrasi teknologi dan innovasi agro
  • Pelbagai Pertandingan Agro
  • Agro bazaar
  • Demonstrasi perladangan dan penternakan
  • Aktiviti Agrotourism
  • Promosi  produk Agro
  • Persembahan kebudayaan
  • Pelbagai hidangan dan demonstrasi masakan traditional dan moden
  • Persembahan binatang peliharaan
  • Permainan dan hiburan
  • Dan banyak lagi.



Nak tahu pengalaman YI semasa MAHA 2016? tunggu post seterusnya. (Tekan disini)

Apa tunggu lagi datang la sekarang. Hari terakhir MAHA 2016 jangan lepaskan peluang korang untuk merasai ke meriahan MAHA 2016.

Untuk maklumat lanjut;
Facebook: MAHA - Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism
Hashtag: #MAHA2016 #OurFoodOurFuture

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib