Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
EventLifestyle

KEMBARA MEDIA SEMPERNA 50 TAHUN FELCRA BERHAD

KEMBARA MEDIA SEMPERNA 50 TAHUN FELCRA BERHAD| KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2016 -  Baru-baru ni YI bersama rakan media lain. Berkesempatan menjayakan kembara media semperna 50 tahun FELCRA BERHAD  ke Lumut, Perak. 


Sape yang tak tau ape itu FELCRA YI akan shere serba sedikit, apa itu FELCRA? Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan atau FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti ekonomi negara Malaysia dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka.


Sebelum bertolak kami semua berkumpul di R&R Sg Buloh untuk menerima kit konvoi dan juga duit tol dan duit minyak. Setelah semua 50 buah kereta bersedia untuk berkonvoi kami pun megambil tempat masing-masing untuk memulakan konvoi. Kami pun dilepaskan dengan diiringing oleh 6 buah motor berkuasa tinggi bertindak sebagai marshall. Sebelum kami tiba di FELCRA Lekir kami singgah di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Setelah selesai solat kami pun meneruskan konvoi kami ke FELCRA Lekir. 


Setiba kami di perkampungan FELCRA Lekir, Sitiawan Perak ni atau kini dikenali sebagai Kampung Aman Jaya. Kami disambut dengan meriah dengan paluan kompang dan juga petunjukan silat. Setelah duduk kami dijamu dengan buah kegemaran YI iaitu Durian terima kasih sangat sebab YI memang sukankan Durian. Kami juga dijamu dengan pelbagai juadah yang bertemakan desa, dengan ulam-ulaman, ikan, ayam, dan buahan-buahan tempatan. 


Kami juga diceritakan asal-usul kewujudan FELCRA Lekir dalam sesi "Kenang Sejarah" oleh peneroka terawal & peserta FELCRA generasi pertama iaitu, Hj Supian Abidiin, Hj Hamzah Samad dan Hj Ismail Abdullah. "Walau ketika itu 1973, elaun peneroka cuma 50 sen sehari, kami belia waktu itu cekal hati walau pelbagai cabaran melanda. Kami sedar bahawa pelajaran adalah paling penting adalah pelajaran. Justeru itu moto kami adalah satu keluarga sekurang-kurangnya seorang mahasiswa" ujar Hj Supian.


Memang nampak susah payah mereka dari zaman dulu, hinggalah FELCRA Lekir membangun seperti sekarang. Sepanjang 50 tahun pembangunan bersama FELCRA ni memang banyak pembaharuan yang telahpun dicapai. Antaranya pembinaan rumah yang teratur, masjid, klinik, sekolah, kedai-kedai serbaneka, dan lain-lain lagi. Usaha dan kegigihan mereka membuahkan hasil untuk dirasai oleh genarasi-genarsi seterusnya.




Kami menenuruskan konvoi kami ke tempat peginapan kami iaitu Swiss Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut. Setelah check in kami diberi masa untuk berehat dan juga siapkan diri untuk makan malam bersama  Pengerusi FELCRA Berhad sendiri iaitu YB Datuk Bung Moktar Radin. Majlis makan malam dimulakan dengan ketibaan penguri FELCRA dan juga VIP yang lain. Maka majlis terus bermula dengan aktiviti makan makan, karaoke dan sesi networking. Datuk Bung Mokhtar sempat menyanyikan dua lagu untuk media yang hadir. Dalam ucapan Datuk Bung Moktar berkata, FELCRA Berhad merancang melebarkan sayap perniagaan dalam pelbagai aktiviti sebagai perancangan jangka panjang bagi menjana keuntungan agensi itu. Pihak FELCRA juga dalam usaha menambah pendapatan syarikat termasuk menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan meliputi industri makanan, hartanah, perniagaan input pertanian, ternakan serta makanan halal diproses. Sejajar dengan penubuhan FELCRA sejak 50 tahun lalu, pihaknya mahu merebut apa sahaja peluang yang mendatangkan keuntungan dan tidak hanya tertumpu kepada sektor perladangan.




Pada keesokkan harinya kami berkumpul seawal 5.00 pagi untuk menerukan kan jelajah kami ke Pusat Benih Padi FELCRA Plantations Services Sdn Bhd. setibanya kami disana kami di sambut dengan sarapan pagi. Di Pusat Benih Padi Felcra Plantations Services Sdn Bhd, mereka menggunakan eBee Drone untuk mapping. Dengan gunakan intelligent data system ni, diorang boleh mapping tanah, tahu berapa luas dan berapa banyak benih nak ditanam. Teknologi ini berasal dari Switzerland dan berharga RM180,000. Kami juga dibawa untuk melihat sendiri ELA Gyrocopter iaitu sejenis helikopter kecil yang digunakan untuk menabur baja dan racun di ladang kelapa sawit dan sawah padi. Pilot yang bawa Gyrocopter ini merupakan anak FELCRA sendiri mendapat pendidikan penerbangan disebuah institusi penerbangan di Malaysia. Di bahagian pameran selepas taklimat, kami diberi penerangan tentang Cruiser - teknologi untuk rawat biji benih padi.





Dari Pusat Benih Padi Plantations Services Sdn Bhd, kami meneruskan konvoi kami ke Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak untuk melihat lagi satu pembangunan dari sektor koperasi. Harga berpatutan, dan segala jenis perkakas dan makanan ada terdapat di Koperasi ini. Taklimat petang itu disampaikan oleh Pengerusi Koperasi sendiri. Koperasi ini telah ditubuhkan dan didaftarkan semenjak tahun 1986. Pada asalnya koperasi ini dianggotai hanya seramai 315 peserta. dan hanya berbekalkan saham bernilai RM35 ribu. Pada permulaan, modal dikutip hanya berjumlah 10sen dari setiap peserta. Sehingga tahun 2016, bilangan ahli meningkat kepada 1,832 orang dan saham terkumpul adalah sebanyak RM4 juta manakala nilai urusniaga sehingga tahun kewangan terkini adalah berjumlah hampir RM40 juta. Selain menjalankan aktiviti perniagaan yang biasa, koperasi ini jugak memiliki 300 ekar tanah yang dijadikan sebagai Mini Estet dan mendapat beberapa kontrak teknikal dari kerajaan tempatan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan diatas adalah sumber utama pendapatan koperasi seterusnya menyumbang kepada pengahihan dividen yang tinggi kepada peserta. Pencapaian terkini mereka adalah mendapat pengiktirafan sebagai koperasi terbaik bagi empat tahun berturut turut oleh KKLW.



FELCRA Berhad telah menjalinkan kerjasama dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memantapkan pembangunan modal insan dan pendidikan generasi kedua serta ketiga FELCRA. Jalinan kerjasama itu merangkumi pembangunan keusahawanan termasuk pinjaman kewangan kepada generasi kedua FELCRA dan pembangunan pendidikan kepada generasi ketiganya. FELCRA sudah melahirkan lebih 1,600 usahawan tetapi dengan adanya kerjasama dengan MARA dan dana kewangan, FELCRA berharap lebih banyak usahawan yang akan dibangunkan. Sepanjang 50 tahun penubuhannya sejak 1966, FELCRA telah melakar pelbagai kejayaan termasuk memperoleh keuntungan terkumpul hasil ladang yang telah dibayar kepada peserta sebanyak RM5.76 bilion pada 1997 hingga 2015 selepas dikorporatkan, berbanding hanya RM468 juta pada 1989 hingga 1996 sebelum dikorporatkan. Dalam pada itu, FELCRA kini telah berjaya membangunkan 260,000 hektar tanah untuk 110,420 peserta berbanding 1,700 hektar untuk 547 peserta pada peringkat awal penubuhannya.



Majlis penutup petang itu kami diraikan dengan persembahan nyanyian dan juga tarian yang dipersembahkan oleh anak-anak peneroka sendiri. Kami juga disajikan dengan hidangan tengah hari dengan hidangan kampung sangat menyelerakan. Terima kasih kepada FELCRA berhad kerana memberi peluang kepada media untuk sama-sama menyertai Kembara Media Semperna 50 Tahun FELCRA Berhad.


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib