Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Acasa HotelBuffet RamadhanFoodFood ReviewSaffron Brasserie

BUFFET RAMADHAN ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR

BUFFET RAMADHAN ANCASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR | KUALA LUMPUR, 12 MAY 2016 - Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur  merupakan lokasi YI kali ni untuk preview BUFFET RAMADHAN ACASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR. Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan UTC Kuala Lumpur dan juga "Petaling Street". Lokasi yang cukup mudah kerana ianya terletak berdekatan dengan stesyen LRT Plaza Rakyat.


Tahun ini Ancasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur telah membawa kelainan di dalam konsep BUFFET RAMADHAN ACASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR dimana tema dan elemen 60an sebagai menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sempena memperingati pemergian Seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973.


BUFFET RAMADHAN ACASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR menjajikan dengan kepelbagaian dan keenakan rasa daripada "Saffron Brasserie" yang mampu membangkitkan selera antaranya ialah;
  • Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar.
  • Rendang Itik.
  • Burung Puyuh goreng Lengkuas.
  • Sambal Udang Petai.
  • Lemak Ketam Nanas.
  • Kacang Sepat Bercendawan.
  • Daging Opor,
  • Ayam Tandori bersama Sos Pudina.
  • Ikan Jenahak.
  • Sup Setapak 
  • Dan banyak lagi aneka masakan.


Harga buffet Ramadan untuk seorang dewasa adalah RM68 dan RM40 untuk kanak-kanak. Akan tetapi pihak Ancasa Hotel & SPA, Kuala Lumpur menawarkan potongan diskaun kepada RM58 sahaja bagi mereka yang menempah awal. Tawaran ini hanyasah sehingga 31 MEI 2016 dan selepas tawaran tamat harga baucar kembali ke harga asal.

Jika korang bercadang nak tempah BUFFET RAMADHAN ACASA HOTEL & SPA KUALA LUMPUR ini, anda boleh terus hubungi SAFFRON BRASSERIE di talian 03-20266060 sambungan 7703 atau di talian bebas tol di 1800-88-0032. Sebarang maklumat atas talian anda boleh layari www.ancasahotels.com.

Kredit Photo:

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib