Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
BUFFET RAMADHAN CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR | KUALA LUMPUR, 12 MAY 2016 - Melting Pot Cafe merupakan lokasi YI kali ni untuk preview BUFFET RAMADHAN CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR.

Concorde Hotel Kuala Lumpur terletak di Daerah Pusat Perniagaan Kuala Lumpur, hotel mewah ini hanya 2 minit berjalan kaki dari stesen monorel Bukit Nanas, dan 1 km dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS yang ikonik.

BUFFET RAMADHAN CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR ada memyediakan pakej berbuka puasa yang berkonsepkan "Ala-ala Kampung" yang akan berlansung di Melting Pot Cafe.


Untuk pembuka selera, pelbagai jenis kerabu yang sangat fresh dan sedap boleh korang cuba. Antaranya seperti Kerabu taugeh, Kerabu Kacang Panjang, Jelatah Timun Nenas, Serunding Ayam, Kerabu Hati Ayam, Kerabu Mangga, Pecal Kampung, Kerabu Kacang Botol Kelapa Parut, Kerabu Telur Masin. Selain itu ada beberapa jenis ikan masin seperti Sepat, Bulu Ayam, dan Pekasam.


Rasanya pasti ramai menunggu untuk mengetahui apa hidangan panas yang mereka sediakan untuk korang berbuka puasa nanti. Sudah semestinya ianya merupakan hidangan-hidangan enak kampung yang susah untuk kita jumpa di Kuala Lumpur. Antaranya seperti Ayam Lemak Pucuk Ubi, Kari Ikan Sempoi \ Penang, Kambing Masak Cik Putih, Ketam Bercili, Gulai Urat Belimbing Buluh, Pais Udang dengan Serunding Kelapa, Rendang Tok, Tumis Pucuk Manis dengan Keledek, Kacang Panjang Tumis Udang Kering, Sayur Lemak Nangka Ikan Masin, Ayam Goreng Berempah, Sambal Tumis Sotong, Daging Masak Merah, Sambal Kering Tempe Ikan Bilis dan Telur Dadar.


Hidangan Kambing Panggang ini boleh korang makan dengan 2 jenis pilihan sos iaitu Sos Dadih Pudina atau Sos Lada Hitam.




Menu yang menjadi tarikan utama di BUFFET RAMADHAN CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR ni adalah Sup Gear box. Selain itu, mereka juga ada sediakan cream of mushroon soup, bubur lambuk, soft roll and hard roll with butter.


Untuk hidangan pemanis mulut, korang boleh rasa pelbagai kuih-muih tradisidari kampung seperti Kuih Tepung Talam, Kuih Bingka Ubi, Kuih Kole Kacang, Buah Melaka, Kuih Ketayap, Abuk-abuk, Seri Muka, Pulut Panggang dan Bubur Pulut Hitam.

Harga Bufet Ala-ala Kampung : RM148 bersih seorang
Masa : 7.00 malam - 10.30 malam

Diskaun istimewa 15% : 6hb - 12hb Jun & 3 hb - 5hb Julai 2015

Bufet Supper (Jumaat & Sabtu) : RM80 bersih seorang
Masa : 11.00 malam - 5.00 pagi

Untuk tempahan ataupun sebarang pertanyaan, sila hubungi Melting Pot Cafe di tel : 03 2717 2233


Kredit Gambar: 

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib