Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
LifestyleMerve CosmeticProduct ReviewProduk kecantikan

BANGKITNYA JOY REVFA DENGAN EMPAYER MERVE COSMETIC

BANGKITNYA JOY REVFA DENGAN EMPAYER MERVE COSMETIC | SUNWAY PYRAMID, 21 April 2016 - Baru-Baru ni YI dan rakan-rakan blogger yang lain berkesempatan bertemu dengan pemilik empayar MERVE Cosmetic iaitu Cik Joy Revfa. Korang mesti pernah dengar tentang MERVE Cosmetic kan? Yang belum tu meh YI share ngan korang yer.


Mesti korang tertanya-tanyakan, Siapa sebenarnya Joy Revfa ni. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan MERVE Cosmetic. Korang mesti pernak tengok gambar pasanagn pengantin yang virul baru-baru ini sebab muka pengantin perempuan yang ada iras muka artis dan seolah-olah hasil gabungan wajah 3 artis terkenal tanah air iaitu Dato' Siti Nurhaliza, Neelofa dan Fasha Sandha? Amazing right? Hah, Cik Joy Revfa ni adalah kakak ipar beliau iaitu kakak kepada pengantin lelaki tu. No wonderlah, pengantin baru yang sepadan seperti pinang dibelah dua tu jadi model produk di instagram.


Selain Cik Joy Revfa memperkenal produk MERVE lebih dekat dengan kitorang, Cik Joy Revfa juga menceritakan latar belakang beliau dan detik penting terciptanya MERVE Cosmetic.


Bukan sahaja kami dijamu dengan makanan yang enak dan lazat di Fullhouse, Sunway Pyramid. Malah pertemuan kami kali ini juga Cik Joy Revfa menceritakan jatuh bangun Cik Joy Revfa dalam memperkukuhkan empayer Merve Cosmitic. Rasanya tak salah YI berkongi dengan korang semua mengenai Cik Joy Revfa.


Cik Joy Revfa amat bersyukur dengan dugaan yang di anugerahkan oleh Allah SWT kepada dirinya. Dengan ujian yang dihadapi oleh Cik Joy Revfa membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk memulakan hidup baru untuk memajukan diri. Dengan semangat dan berbekalkan modal yang ada, Cik Joy Revfa tidak teragak-agak untuk mengasilkan priduk jenama sendiri. Dengan berkonsepkan fairytale, tampil dengan jenama MERVE.


Bila ditanya, siapa sumber inspirasi Cik Joy Revfa? Rupa-rupanya, ibu tercinta adalah sumber inspirasi. Ibu beliau telah membantu ramai wanita-wanita di luar sana untuk menjadi usahawan kecantikan berjaya. Jasa beliau amat besar & telah banyak membantu ramai wanita yang tiada punca pendapatan menjadi lebih berkemahiran & berjaya di dalam dunia perniagaan. Dengan sebab itu, Ibunya sendiri adalah sumber Inspirasi untuk menghasilkan produk kecantikan & kosmetik. Disokong sepenuhnya oleh Ibu sendiri, beliau rasa sangat bertuah. 



PENGASAS MERVE
  • Cik Joy Revfa iaitu FOUNDER MERVE Cosmetic mula membina empayar syarikat sendiri iaitu MERVE Group Holdings Berhad & MERVE Skin Health Sdn Bhd (Merveilles) pada bulan February 2015
  • Berumur 29 tahun dan merupakann 'Single Mom" yang mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Arryan Firdaus
  • Berdarah Melayu-Indonesia dan kini menetap di Shah Alam, Selangor. 
  • Sebelum ini saya adalah Filem Makeup Artists di Jakarta Indonesia yang bergiat aktif untuk menghasilkan karya-karya seni untuk pelakon-pelakon hebat Indonesia. 
  • Filem terakhir BOX OFFICE yang mana telah mengharumkan nama saya di dunia Makeup Artists adalah "Habibie & Ainun" dibintangi oleh pelakon terkenal Bunga Citra Lestari & Reza Rahadian yang telah memenangi banyak award.
  • Mencipta produk Kecantikan & Kesihatan yang bertemakan Fairy Tales
  • Business Partner yg berpengalaman iaitu Encik Radz Mohd sebagai President MERVE Group, team marketing, staff-staff, stokis-stokis, agent-agent & dropship-dropship MERVE yang mantap, hebat & penuh komitmen dalam menubuhkan struktur syarikat yg kukuh & gah
  • Akademi Kecantikan Artistik Diyana, Shah Alam iaitu Akademi kecantikan yang diasaskan oleh Ibunda saya sendiri sejak tahun 1999 iaitu Puan Sofia Abbas dalam membantu ramai wanita-wanita di luar sana menjadi usahawan kecantikan berjaya

GORGEOUS JUICE
  • July 2015 di PWTC, saya telah membuat perasmian produk PERTAMA iaitu Minuman Kecantikan & Kesihatan The Beauty Spells iaitu GORGEOUS JUICE
  • Walaupun baru berada dipasaran awal jun 2015, sambutan dan testimoni yg diterima sgt banyak & keberkesanan minuman ini amat menakjubkan. Yang amat saya berpuas hati adalah produk Gorgeous Juice ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa 6 bulan 
  • Gorgeous Juice ini mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry Extract, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma), dan Bee Pollen (Debunga Lebah)
  • Produk ini khusus buat wanita yang ingin memperbaiki masalah dalaman terutama buat wanita yang sukar hamil, dingin dlm perhubungan seksual, memperbetulkan aturan haid, memperbanyakkan susu dada & mencantikkan lagi kulit.

MERVE FULL COVERAGE FOUNDATION
  • sedang hangat dipasaran produk KEDUA yang baru 3 bulan muncul iaitu MERVE Full Coverage Foundation yang menjadi viral & kegilaan pengguna wanita yang mampu mencantikkan kulit dalam beberapa saat.
  • Foundation ini diperkaya dgn Super Fruits & Modern Formula ini penuh dgn khasiat utk kulit kita setiap hari!
  • Foundation ini mengandungi extract Mangosteen, Grapefruit, Goji Berry, Peach, Acai Berry, Pomegranate, L-Glutathione, Stem Cell, Green Tea, Vitamin C, Vitamin E & Aloe Vera yang mampu memulihkan, melembutkan, mencerah & mencantikkan kulit anda setiap hari
  • minggu pertama berada dipasaran hampir 5000 unit licin terjual
  • mempunyai 5 warna istimewa yang boleh diaplikasikan sebagai Primer (Krim Perlindung), Foundation (Alas Bedak), Concealer (Penyamar Noda) & Shading (Pembayang) yang mampu memberi khasiat pada kulit & menukar kulit anda lebih sihat bermaya.

MERVE FAIRY TEARS POTION
  • MERVE berjaya keluarkan produk KETIGA pada pertengahan bulan February 2016 lepas.
  • Fairy Tear Potion ini adalah Multivitamin Primer Serum iaitu cairan yang mengandungi formula zat yang berkhasiat untuk memperbaiki struktur kulit yang sangat luar biasa dan baunya juga wangi dengan ektrak Dewberry
  • diperkaya dengan pelbagai ektrak semulajadi bersama formula antioksidan yang hebat khas untuk memudarkan kesan parut & melembutkan kulit.
  • Mampu melembapkan kulit serta menjadikan kulit cerah, halus & mulus. Umpama 2 dalam 1 Base Makeup (Primer) dan Zat Cair (Serum).
  • mampu meresap ke dalam lapisan terdalam kulit dan molekul dari formula zat umpama "lapisan Vitamin" yang hebat
  • lebih tinggi khasiat dan memberi nutrisi pada kulit berbeza dari Krim Wajah yang biasa
  • Digalakkan memakai potion ini setiap hari sebelum memakai makeup kerana ianya umpama 'perisai' dari bahan-bahan tidak sepatutnya di dalam makeup yang merosakkan kulit 
  • Boleh dipakai diwajah, tangan dan seluruh badan yang terdapat kesan luka, parut, rekahan dan kulit kasar.
  • sebelum nak pakai makeup, sapu potion ni dulu dan pakai setiap hari sebelum tidur. 

LIMITED EDITION FAIRY TALES PASHMINA
  • Produk yang KEEMPAT adalah LIMITED EDITION Fairy Tales Pashmina yang direka khas oleh Cik Joy Revfa sendiri dengan warna pastel dunia khayalan yg ceria. 
  • Pashmina available pada minggu terakhir bulan april 2016.

COMPACT POWDER
  • Produk KELIMA merve adalah compact powder yang bakal dihasilkan & dijangka berada di pasaran dalam bulan july 2016, insyaallah. 


Memetik kata-kata dari Cik Joy Revfa sendiri, kejayaaan penjenamaan MERVE sendiri adalah hasil sokongan dan dorongan followers beliau di laman sosial terutamanya di instagram. Walaupun masih baru bertapak dalam industri kosmetik di negara ini berbanding produk-produk jenama lain yang dah terkenal, namun hasil jualan dan maklum balas daripada pelanggan setia amat memuaskan. Bukan saja di Malaysia, malah MERVE sudahpun mengorak langkah sampai ke Singapura, Brunei, dan Indonesia. Apapun, semoga maju jaya dan terus sukses saya ucapkan kepada Joy dan team MERVE.

"Saya tahu pasti ramai yang ingin mengumpul koleksi Cosmetic Fairy Tales keluaran MERVE. Terima kasih sangat atas sokongan semua yang sentiasa tak sabar-sabar memiliki produk-produk Fairy Tales dari MERVE. Rakan-rakan followers saya di media sosial juga sebenarnya adalah semangat saya setiap hari. Tanpa sokongan anda, mungkin MERVE tidak menjadi viral dan mempunyai peminat yang ramai sehingga kini. Terima kasih sekali lagi yang tidak terhingga buat semua."


"Alhamdulillah, walau baru 8 bulan produk MERVE wujud dipasaran, saya bersyukur kerana telah banyak membantu ramai pengguna yg bermasalah tentang kecantikan luaran & kesihatan dalaman. MERVE juga telah mempunyai lebih 30 Stokis yg committed dan lebih 1000 Agent & Dropship seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei & Indonesia. Insyallah dengan komitmen dan kepakaran kami, MERVE akan melebarkan sayap ke seluruh pelusuk negeri di Malaysia dan ke peringkat antarabangsa."


Jadi, jika ada yang di luar sana berminat untuk sertai MERVE sebagai STOCKIST PARTNERS, boleh hubungi 012 373 8787 segera. Berikut info lanjut mengenai laman sosial media Jov Revla, pemilik empayar Merve Cosmetic dan laman sosial Merve Cosmetic untuk perhatian dan kunjungan anda semua. Akan datang, YI akan kongsikan dengan lebih lanjut dan terperinci mengenai produk MERVE.


FB pengasas MERVE : 

Instagram pengasas MERVE : 

Link official page MERVE Cosmetic Malaysia :

Manufactured by :
MERVE Group Holdings Berhad
( 1167228 T )

Distributed by :
MERVE Skin Health Sdn Bhd
( 1173249 P )

B-G-5 Vista Alam, Jalan Ikhtisas,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia

Hotline : 
+601123650600
‪+60123738787‬

Facebook : 
Merve Cosmetic Malaysia

Instagram : 

Email : 

Website : 

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib