Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
AABCAirAsiaAirAsia XEventJapanLifestyleMY EcologdeNisekoTravel

AIRASIA X DAN MY ECOLODGE MENAWARJAN PAKEJ PELANCONGAN GREEN SEASON'S KE NISEKO, JAPAN


AIRASIA X DAN MY ECOLODGE MENAWARJAN PAKEJ PELANCONGAN GREEN SEASON'S KE NISEKO, JAPAN | KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2016 - AirAsia X hari ini mengumumkan usahasama dengan MY ecolodge iaitu sebuah Travellers' lodge butik ternama yang diuruskan oleh Fairlane Hospitaliti menawarkan pakej pelancongan termasuk semua yang dikenali sebagai 'Niseko Super Summer Saver' dari serendah RM3,900* seorang selama 5 hari 4 malam di Niseko, Wilayah Hokkaido dari Jun ke Oktober 2016 **.

Usahasama ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, serta Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad, Ms Low Su Ming, Pengarah MYecolodge, Encik Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Encik Darren Wickings, Pengurus Besar Fairlane Hospitality Jepun.

Objektif utama usahasama ini adalah untuk bersama-sama mempromosikan Niseko sebagai destinasi percutian sepanjang tahun. Kerjasama positif ini dijangka akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia berpeluang bercuti di Niseko pada harga yang berpatutan.

Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad berkata, "Kami berasa bangga untuk memeterai kerjasama dengan MY ecolodge kerana kami berkongsi nilai jenama yang sama iaitu memberikan perkhidmatan yang berkualiti yang berbaloi dengan nilai wang bagi tetamu kami. Sejak memulakan penerbangan kami ke Sapporo pada bulan Oktober tahun lepas, ia telah dengan cepat menjadi salah satu laluan kami yang paling popular ke Jepun kerana Hokkaidō adalah sesuai untuk dilawati sepanjang tahun."

“Kami juga gembira untuk mengumumkan bahawa kami akan memperkenalkan satu lagi kekerapan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Sapporo bermula 22 April dan seterusnya, meningkatkan kekerapan penerbangan kami ke 5 kali seminggu. Ditambah pula dengan kerjasama dengan MY ecolodge, kami yakin bahawa ianya akan menarik minat rakyat Malaysia untuk bercuti ke Hokkaido dengan AirAsia X dan menikmati musim panas di sana," tambah Benyamin Ismail.

Darren Wickings, Pengurus Besar, Fairlane Hospitality Jepun berkata, "MY ecolodge adalah sebuah travelers' lodge butik yang baru dibuka di Niseko, Hokkaido pada Disember 2015. Ia direka untuk menjadi mesra alam dan banyak sifat - sifat alam diterapkan ke dalam reka bentuk dan penyampaian perkhidmatan, memastikan keindahan alam semulajadi yang terkenal Niseko kekal hijau hingga ke masa depan. Walau apa pun musim yang diingini, MY Ecolodge merupakan pilihan menarik dan memikat dengan keindahan yang memukau sesuai bagi jkunjungan sepanjang tahun. Penerbangan terus ke Sapporo menjadikan keseluruhan pengalaman MY ecolodge lebih mudah dan menyeronokkan".

“Niseko, selain terkenal sebagai tempat peranginan ski yang terkenal di seluruh dunia, juga dikenali kerana keindahan menakjubkan pada musim panas. My Ecolodge menarik pengunjung dari serata dunia," tambah Wickings.


"Niseko Super Summer Saver" adalah pakej pelancongan istimewa berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 tetamu bagi satu kumpulan termasuk tiket penerbangan pergi balik ke Sapporo dari Kuala Lumpur, penginapan selama 4 atau 5 malam di penginapan di MY ecolodge, pengangkutan pergi balik lapangan terbang, makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harga di antara RM3, 900* hingga RM4, 800* bagi setiap tetamu. Tempoh perjalanan adalah dari Jun hingga Disember 2016 kecuali Julai 2016. Harga pakej ini juga termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 20 kg, dan pemilihan tempat duduk standard. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Fairlane Hospitality Group Desk di nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com atau hubungi 03-4048 3668.

Sapporo adalah bandar terbesar di bahagian utara Jepun, Hokkaido, juga merupakan pintu masuk ke wilayah Niseko kira-kira 100 kilometer atau dua jam setengah perjalanan dengan kereta. Dengan latar belakang Gunung Yotei iaitu gunung berapi yang aktif menyerupai Gunung Fuji, Niseko terkenal dengan landskap semulajadi yang indah dan tempat peranginan terkenal antarabangsa.

Pada musim panas, cuaca cerah dengan kadar kelembapan yang kurang berbanding bahagian Jepun yang lain sentiasa menarik sejumlah besar pelancong tempatan dari tanah besar Jepun serta pelancongan antarabangsa dari luar negara ke Niseko. Dengan tiga taman negara dalam dan di sekitar kawasan ini, ianya cukup untuk memuaskan hati pengunjung jangka panjang ke sini.

Pengunjung berpeluang mengembara meredah kawasan luar bandar yang tidak terusik dalam pencarian hidupan liar terkenal di Hokkaidō seperti 'momonga' (flying squirel), mencari tumbuhan unik di sekitar pulau tersebut, menyewa basikal, menghabiskan masa seharian memancing, melawat kawasan pinggir bandar semasa musim panas atau menerokai sungai-sungai di rantau ini dengan kenu atau berakit air arus deras!


Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Jadual Penerbangan Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose, Japan (CTS)

No. Penerbangan
Dari
Ke
Berlepas
Tiba
Kekerapan
D7 550
KUL
CTS
11:35PM
8:10AM
Selasa, Khamis, Jumaat***, Sabtu, Ahad
D7 551
CTS
KUL
9:20AM
5:00PM
Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu***, Ahad

* Harga pakej termasuk tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Sapporo dengan pilihan tempat duduk standard dan bagasi 20 kg, penginapan di MY ecolodge, Makanan, Pengangkutan ke/dari Lapangan Terbang Shin-Chitose, cukai lapangan terbang dan yuran tempahan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
**Tempoh perjalanan tidak termasuk bulan Julai 2016
***Tambahan kekerapan yang dijadualkan bermula dari 22 April 2016 dan seterusnya

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib