PEMBUKAAN BUTIK VENDOR TERBESAR DALAM MALL MODE MARKET DI QUILL CITY MALL | KUALA LUMPUR, 7 November 2015 - Satu-satunya butik vendor terbesar dalam pusat membeli belah iaitu Mode Market (MM) melancarkan operasinya secara rasmi di Quill City Mall, di sini.
Butik yang diusahakan oleh seorang anak muda iaitu Ahmad Nazrul Mohamad Isa, 29 tahun, bertujuan member peluang kepada peniaga-peniaga baru yanh sebelum ini mejalankan urusniaga secara dalam talian.
"Objektif pembukaan butik ini adalah memberi ruang kepada peniaga-peniaga baru dan online yang mahu mengembangkan peniagaan dengan memasarkan produk mereka di pusat membeli belah. MM membawa jenama pakaian tempatan untuk lebih bersaing dengan jenama luar," ujarnya Ahmad Nazrul.
Selain itu, menurut Ahmad Nazrul, MM masih membuka ruang kepada jenama-jenama tempatan bagi memenuhi runag yang masih ada.
"MM mula beroperasi pada 15 Ogos lalu dan setakat ini sudah ada 30 vendor dan masih membuka ruang kepada vendor yang berminat. MM juga menawarkan harga sewaan yang mampu milik walaupun lokasi di dalam pusat membeli-belah ," ujurnya lagi
Sebarang pertanyaan tentang butil atau vendor yang berminat boleh memhubungi kami di nombor 03-2602 0026 atau email ke admin@modemarketmalaysia.com
No comments:
Post a Comment