MAJALAH TRAVEL 3SIXTY° AIRASIA ISU YANG KE-100

MAJALAH TRAVEL 3SIXTY° AIRASIA ISU YANG KE-100 | KUALA LUMUR, 20 November 2015 - Majalah dalam penerbangan AirAsia, travel 3Sixty° yang telah memenangi pelbagai anugerah telah mengadakan majlis sambutan bagi isu yang ke-100 majalah tersebut, yang turut menandakan ulang tahun ke-8 bagi majalah yang telah berkembang hingga mencecah 3 juta pembaca bulanan.


Dato’ Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad memperkenalkan kulit majalah travel 3Sixty° bagi sambutan isu yang ke-100 itu.

Datuk Kamarudin Meranun, Penerbit Majalah travel 3Sixty° yang juga Pengerusi Eksekutif, AirAsia Berhad dan berkata, “Perjalanan bagi majalah dalam penerbangan ini amat menarik sejak ditubuhkan pada tahun 2007. Saya berbangga melihat perkembangan majalah ini yang kini telah menjadi sebuah majalah yang anggun, bergaya dan informasi; dan juga merupakan satu-satunya majalah dalam penerbangan yang diaudit dan disahkan oleh Audit Bureau of Circulations of Malaysia (ABCM).”

“Misi utama majalah ini adalah untuk mempamerkan yang terbaik dalam percutian, budaya dan cara hidup dan kami mahu semua pembaca untuk terus mendapatkan pengalaman dan menikmati majalah ini melalui pelbagai media – kedua-dua media cetak dan digital. Isu yang ke-100 bukanlah pencapaian yang mudah, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan editorial travel 3Sixty° atas kejayaan ini,” tambah Datuk Kamarudin Meranun.

Satu pertandingan khas yang bertemakan ‘travel 3Sixty°’ turut diumumkan bersempena dengan isu ke-100 ini. Pertandingan ini membuka peluang kepada pembaca majalah untuk menjemput pasukan editorial untuk melawat kampung halaman mereka dan juga akan ditampilkan sebagai rencana utama, membolehkan cerita-cerita tempatan dapat dikongsikan sebagai cerita serantau melalui majalah itu.

Inspirasi untuk pertandingan khas ini datang dari seorang guru sekolah dari kawasan luar bandar di Tebedu, Sarawak yang telah menghantar emel kepada pasukan editorial dan telah berkongsi cerita bagaimana beliau menggunakan majalah travel 3Sixty° untuk mengajar murid-muridnya tentang budaya lain di rantau ini, selain daripada meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka.


Inisiatif beliau sampai ke telinga pasukan editorial apabila guru sekolah menulis dan meminta salinan lama majalah untuk disumbangkan kepada sekolah beliau. Sejak dari tu, salinan majalah travel 3Sixty° telah dihantar ke sekolah tersebut untuk digunakan sebagai sebahagian daripada pelajaranmereka.

travel 3Sixty° telah memenangi banyak anugerah dan penghargaan sejak ditubuhkan pada Ogos 2007. Yang terbaru pada bulan Jun 2014, majalah itu meraih Anugerah Pencapaian Platinum di Majlis Anugerah Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Award 2014 bagi kategori Media Cetak Antarabangsa yang mempunyai 22 penerbitan disenarai pendek dari seluruh dunia yang bersaing dalam kategori yang sama.


Di majlis itu juga YI memenangi tiket penerbangkan ke Perth, Australia. YI ingin mengucapkan ribuan terima kasih ke atas Dato’ Aziz Bakar, Ahli Lembaga Pengarah AirAsia Berhad yang sudi memilih saya sebagai pengunjung yang bertuah untuk mallis ini.

Untuk terus mengemas kini mengenai promosi dan aktiviti AirAsia ikuti mereka di Twitter (twitter.com/Travel3Sixty) dan Facebook (facebook.com/travel3sixty).

Kredit Gambar: www.AirAsia.com

Share this:

PESANAN PEMILIK

Yazid Izzat

Hai, Terima Kasih sudi singgah dan membaca article kali ni. Kalau tidak keberatan jangan lupa untuk komen, share dan follow. Jangan lupa untuk ke Instagram YI disana banyak gambar-gambar yang menarik. www.instagram.com/yazidizzat

0 comments:

Post a Comment