SHOWCASE EYES2HEART | KUALA LUMPUR, 28 OKTOBER 2015 - Syria Care hari ini mengumumkan pelacaran persembahan "Showcase Eyes2Heart" yang akan berlansung pada 7hb November 2015 bersamaan hari Sabtu dari 9.00 malam - 11.00 malam. Artis yang akan menjayakan "Showcase Eyes2Heart" ini ialah Faizal Tahir, Hafiz Hamidun dan Kumpulan "Brothers" bertempat Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint3, Putrajaya. Manakala harga tiket pulak bermula dari RM 60, RM 80 dan RM 120.
"Showcace Eyes2Heart" adalah senuah persembahan pentas yang membawa penceritaan kesengsaraan dan kesusahan yang dialami oleh rakyat Syria yang telah menjadi mangsa konflik bersenjata sejak Mac 2011 sehingga kini.
Penceritaan ini akan dibawakan secara kreatif oleh artis-artis tempatan dengan lagu-lagu nasyid dengan tujuan memberi kesedaraan kepada masyarakat Malaysia yang prihatin bahawa isi konflik dan bemcana kemanusiaan yang berlaku di bumi Syria bukanlah sesuatu yang harus dilihat dengan sebelah mata.
Pendekataan yang diambil untuk mendedahkan masyarakat awam tentang isu ini harus dilakukan dengan cara yang lebih dekat dengan rasa dan emosi.
Penceritaan bencana kemanusiaan yang dialami oleh masyarakat Syria diolah dan disesuaikan dengan alunan nasyid indah nama besar industri nasyid Negara yang menggunakan visual dan audio serta percahayaan yang boleh menimbulkan emosi dan rasa penonton.
No comments:
Post a Comment