PERSEMBAHAN EKSKLUSIF - MALAM KALIMAH CINTA DI ISTANA BUDAYA BERSEMPENA MAULIDUR RASUL | Kuala Lumpur, 26 Oktober 2015 - Mask Team & Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya hari ini mengumumkan penganjuran Malam Kalimah Cinta bersempena Maulidur Rasul di Istana Budaya bermula 23hb sehingga 25 Desimber 2015. Persembaham pentas menampilkan penyanyi serumpun, Opick dan Hafiz Hamidun dalam komposisi muzikal penuh yang turut diselangselikan dengan alunan zikir dan selawat.
Meraikan sambutan Maulidur Rasul, Malam Kalimah Cinta bakal membawa penonton mengimbaiu perjuangan Rasulullah dalam sisi muzikal unik menerusi gabungan nyanyian, zikir dan selawat diiringi persembahan penuh multimedia serta efek khas dalam durasi 120 minit penganjuran Malam Kalimah CInta terbahagi kepada:
Rabu | 23hb Disember 2015 | 8.30 malam - Artis: Opick
Khamis | 24 hb Disember 2015 | 8.30 malam - Artis : Hafiz Hamidun
Jumaat | 25 hb Disember 2015 | 8.30 malam - Artis : Hafiz Hamidun
Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia manakala Hafiz Hamidun akan disertakan dengan kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan komposisi oleh Lok U. Persembahan yang melibatkan hampir 20 lagu ini turut menampilkan artis undangan yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kami mahu menawarkan kelainan di Istana Budaya bersempena sambutan Maulidur Rasul kelak. Justeru, penganjuran Malam Kalimah Cinta dilihat bertepatan dengan tema tersebut. Pemilihan Opick dan Hafiz Hamidun dibuat setelah melihat kepada potensi serta permintaan awan yang tinggi terhadap hiburan berunsur kerohanian, " ujur Dato' Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya.
Malam Kalimah Cinta menawarkan harga tiket bermula RM 85, RM 105, RM 155, RM 185, RM 205 dan RM 255 dengan bilangan 1,300 jumlah tempat duduk keseluruhan setiap malam.
Tiket-tiket boleh didapati menerusi tempahan awal di AirAsia RedTix menerusi laman atas talian, www.airasiaredtix.com atau kaunter Box Office, Istana Budaya mulai 30hb Oktober 2015
No comments:
Post a Comment