KARNIVAL USAHAWAN BELIA 2015 | SHAH ALAM, 27HB OKTOBER 2015 - Karnival Usahawan Belia 2015 adalah satu usaha untuk membuka ruang kepada usahawan tempatan khasnya usahawan belia mempamerkan, mempromosi dan memperkenalkan mutu dan kualiti keluaran produk masing-masing berdasarkan keperluan semasa di pasaran dan masyarakat umum. Melalui penganjuran karnival usahawan ini juga, maklumat tentang peranan kementerian atau agensi dan badan-badan yang terlibat dalam pembangunan usahawan dapat disebarakan dengan meluas sejajar dengan matlamat kerajaan yang ingin merealisasikan pembangunan modal insan.

Karnival Usahawan Belia 2015 dianjurkan oleh Trigger Resources Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Belia & Sukan Malaysia yang akan berlangsung selama tiga hari pada 27hb - 29hb November 2015 bertempat di perkarangan pintu gerbang utama Stadium Shah Alam bermula pukul 10 pagi hingga pukul 12 malam.
Majlis Sidang Media Hari ini dirasmikan oleh Puan Hajah Azilah Bt Arshad, Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS yang juga merupakan penaja bagi lokasi sidang media hari ini diikuti oleh Encik Mohd Afdzal Zainudin selaku Pengarah Trigger Resources Sdn Bhd. Turut sama hadir Encik Farhan dari Aman Palestin Berhad Cawangan Shah Alam selaku rakan strategik, Puan Halimahtul Saadiah daripada Rafflesia Butik selaku penaja, Encik Fahmy wakil dari IKBN dan Encik Elfian wakil dari PeaceYallFM merupakan rakan media rasmi bagi Karnival Usahawan Belia 2015 dan 2 orang usahawan kategori Top Brand dari Rania Hijab Esklisif dan Fana Kamil Clothing.
Seramai lebih kurang 400 usahawan akan berhimpun dan berkampung di Shah Alam untuk memperkenalkan serta mempromosikan produk keluaran masing-masing kepada masyarakat umum. Manakala sebanyak 300 tapak dan ruang niaga ditawarkan kepada usahawan yang berminat untuk menyertai karnival usahawan ini dan antara kategori produk atau jualan yang dibenarkan adalah seperti jualan makanan dan minuman, pakaian, aksesori produk kecantikan, kesihatan, perkhidmatan dan hijab,
Selain itu, penganjur juga ada menjemput 20 orang usahawan selebriti daripada GTAS yang diketuai oleh Anne Abdullah dan Dilla Ahmad. Antaranya adalag Fizz Fairuz, Liza Abdullah, Aliza Rafar, Sheila Mambo, Khaty Azlan, Rozie Rashid, Encik Mimpi, Nodi Az Rock dan ramai lagi selebriti lain yang akan turut memeriahkan karnival ini.
Karnival Usahawan Belia 2015 adalah bertujuan untuk menjadikan ianya tersenarai sebagai salah satu dalam Calendar of Event di Negeri Selangor. Diantara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang adalah seperti berikut:
-Mini Konsert-
-Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak-
-Permainan Tradisional-
-Petting Zoo-
-Busking-
-Pertandingan Fesyen, MUA dan Modal-
-Forum Santai-
-Iron Man-
-Persembahan Permaian Api-
-Persembahan Tarian Kedudayaan-
-Zumba-
-Pertunjukan Silam Mata-
-Kutipan Amal-
-Futsal-
-Persembahan 'Flash Mob'-
Persembahan Artis Jemputan :
Nas Adilah, Aliff Aziz, Shila Abdul, Alif AF, Ippo Hafiz dan Haqiem Rusli.
Sebarang pertanyaan dan info lanjut berkenaan dengan Karnival Usahawaan Belia 2015 boleh menghubungi Cik Tina di talian 011-2662 7963 atau Encik Afdzal 011-1076 8170 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau boleh email ke karnivalusahawanbelia@gmail.com
Kredit Gambar : www.feeqsays.com
No comments:
Post a Comment