JUVANA 2: APABILA KEHIDUPAN 'TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN'


JUVANA 2: APABILA KEHIDUPAN 'TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN' | Setelah filem Juvana mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton dengan kutipan tiket sebanyak RM2.86 juta pada tahun 2013, filem berkenaan diteruskan lagi untuk sekuelnya yang kedua yang diberi judul Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan.

Menariknya, untuk kesinambungan bagi filem berkenaan, ia turut mengekalkan sebahagian barisan pelakon asal sebelum ini seperti Zahiril Adzim, Johan As’ari, Adam Shahz dan Sheira Aiyob.


Dalam sekuel yang kedua ini, ia meneruskan meneruskan kisah Daim, Botak dan Ayam serta rakan-rakan mereka dari drama siri yang memenangi Drama Rantaian Terbaik, Anugerah Skrin 2011 dan filem pecah panggung iaitu Juvana, di mana anak-anak muda ini cuba menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir.


Jalan cerita Juvana 2 bermula daripada kesinambungan kejadian dalam filem pertama setelah Botak dan Ayam akhirnya dibebaskan lebih awal ekoran penglibatan mereka menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang memusuhi mereka sebaik sahaja mereka dipindahkan ke Sekolah Indera Sakti. 


Setelah bertemu semula rakan-rakan mereka, Botak pulang ke rumah dengan penuh azam untuk memulakan hidup baru bersama ayahnya, manakala Ayam menuju ke rumah Apek untuk menjaga adik-adiknya seperti yang diamanahkan oleh Apek sehingga dia dibebaskan.


Bagaimanapun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik terpadam dalam masa yang amat singkat. Kini, ayah Botak seorang penagih dadah manakala adik Apek pula menjadi konco geng penjenayah yang dikenali sebagai Geng Jebat. 

Pada masa sama, Daim sedang meneruskan pengajiannya dalam bidang guaman bersama teman wanitanya, Sara yang sering mengatakan Daim hanya membuang masa apabila masih bergaul bersama-sama rakan-rakan dari Sekolah Wira Bakti. 


Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka. Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka. Ingin mengetahui lebih lanjut siapakah individu berkenaan, semuanya dapat disaksikan dalam Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan yang akan menemui penonton di pawagam pada 29 Oktober 2015.

Dalam filem susulan ini, skripnya masih dihasilkan oleh Alfie Palermo dan diarahkan oleh Faisal Ishak setelah mendapat permintaan dan sokongan yang tinggi dari para peminat. Penggambarannya pula bermula pada 24 April 2014 di sekitar Kuala Lumpur serta diterbitkan bersama oleh Filmscape Sdn. Bhd., Juita Viden Sdn. Bhd. dan Star Media Group Berhad.

DIBINTANGI OLEH

ZAHIRIL ADZIM - DAIM
JOHAN AS’ARI - BOTAK
HASNUL RAHMAT - EN RAJA
PEKIN IBRAHIM - TOK KI
ADAM SHAHZ - AYAM


DIBANTU OLEH
SHERA AIYOB - SARA
NAD ZAINAL - NABILA
RIKI RIKANDO - GAJAH
KHAIRUL MOHAMED - KOMENG
MUHAMMAD SYAFIQ IKMAL - GABAN
HELMI HAKIM - ABE
HAFREEZ ADAM - EN MEGAT
EYKA FARHANA - NADIA
AMIRUL AIMAN - LAN
SWEET (FARHANA) - MIDAH
ROSLI SAKO - AYAH BOTAK
AYEZ SHAUKAT FONSEKA - SHAH
ELIAS ISKANDAR - MAT SAMAN
FENDI AMAT - DIN KUDA
DANIELL FIQ - JAN
LAU CHEE HONG - KEREL
AZWAN KOMBOS - DR NAZIM
ROSLAN ABDULLAH - DIN
SHAM PIAN - AMIN
SOL AZMI - RAHIM


PENAMPILAN ISTIMEWA

ZAIDI OMAR 
SHARNAAZ BASIR AHMAD
PUTERI CHI CHI 
AISYA HASNAA

Share this:

PESANAN PEMILIK

Yazid Izzat

Hai, Terima Kasih sudi singgah dan membaca article kali ni. Kalau tidak keberatan jangan lupa untuk komen, share dan follow. Jangan lupa untuk ke Instagram YI disana banyak gambar-gambar yang menarik. www.instagram.com/yazidizzat

0 comments:

Post a Comment