MEDIA FAM TRIP PESONA TERENGGANU 2015 | Pada 29 September - 02 October 2015 yang lepas, di atas kepercayaan Projek Travel, YI berpeluang menyertai Media FAM Trip Pesona Terengganu semperna ulang tahun ke 10, Yayasan DiRaja Sultan Mizan. Kami bertolak dari Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 dan tiba di Sultan Mahmud Airport, Kuala Terengganu
Kami disambut mesra oleh
Puan Kuna Rashid, Sekretariat Pesona Terengganu. Setelah semua ready kami pun menuju kedestinasi pertama kami
Primula Beach Hotel Resort, Kuala Terengganu.
Primula Beach Hotel Resort merupakn Hotel pertama kami di Terengganu semperna
FAM Trip Pesona Terengganu. Primula Beach Hotel Hotel Resort merupakan hotel antarabangsa yang
bertaraf 4 bintang dan telah
beroperasi sejak tahun 1984, Hotel ini juga
merupakan salah satu mercu tanya yang terkenal di Kuala Terengganu. Hotel bersebelahan dengan Pantai Batu Buruk mempunyai 248 bilik yang punyai balkoni di setiap bilik yang menghadap Laut China Selatan.
Setelah berehat seketika kami pun dipelawa untuk makan malam di
TH Hotel & Convention Center, Kuala Terengganu. Hotel ini
bertaraf 4 bintang yang
berlandas syariah mempunyai 182 bilik dan Convention Center yang memuatkan 1300 orang dalam satu masa.
Keesokan harinya, sebelum bertolak ke
Tasik Kenyir kami sempat menemu ramah
Encik Marzuki. Genaral Manager, Primula Beach Hotel Resort. "Primula Hotel Beach Resort akan memambah bangunan baharu yang terdiri daripada 320 bilik dan sebuah convention centre yang boleh memuatkan 5000 orang dalam satu. Pembina akan bermula petengahan tahun hadapan."
Perjalan dari
Primula Beach Hotel Resort ke Tasik Kenyir mengambil masa dalam 1 jam. Setelah tiba di
Tasik Kenyir kami memulakan
"Tasik Kenyir Tour".
Destinasi pertama kami di Tasik Kenyir iaitu
Taman Rama Rama. T
aman Rama Rama, Tasik Kenyir hanya mengambil masa 5 minit dari
Pengkalan Gawi. Taman Rama Rama, Tasik kenyir Taman ini menpunyai l
ebih dari 1000 jenis Rama Rama dan dikelilingi dengan taman bunga khas untuk rama rama disini. telah dibuka kepada umum pada tahun 2013. Hujung tahun 2014 telah belakunya banjir besar yang telah menegelamkan Taman Rama Rama dan banyak lagi kawasan Tasik Kenyir. Taman Rama Raya telah di baik pulih setelah air banjir beransur surut.
Seterunya kami di bawa ke
Taman Orkid. T
aman Orkid terletak di Pulau Hilir Selimbar, Pulau Hulu Selimbar dan Pulau Beli, yang menempatkan pelbagai
Orkid Tempatan, Orkid Antarabangsa dan Orkid "Hybrids. Taman Orkid ini merupakan mengabungkan 3 buah pulau dan disambungkan dengan Jamba jambatan gantung. Terdapat lebih dari
700 jenis Orkid di Taman Orkid, Tasik Kenyir.
Destinasi ketiga kami ke
Taman Herba. T
aman Herba terletak di Pulau Sah Kecil terdapat lebih dari
200 jenis herba termasuk
Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, dan banyak lagi. Bukan saja pengunjung dapat megenali jenis jenis herba malah dapat mengetahui lagi kebaikan herba. Pengunjung juga dapat merasa dan menikmati air herba yang telah disediakan secara percuma.
Kami dibawa ke
Air Terjun Lasir setelah seharian berjalan.
Air Terjun Lasir merupakan salah satu air terjun popular yang ada di
Tasik Kenyir, lokasi yang hanya
16 KM dari Jeti Pengkalan Gawi. Kehindahan
500 kaki Air Terun yang terbahagi dengan beberapa tingkat.
Air Terjun Lasir jaga menjadi pilihan kepada kaki pancing untuk berehat bawah pokok yang rembun dan menikmati kawasan air terjun yang nyaman.
Petang Island Resort, Pulau Petang, Tasik Kenyir, Terengganu. Penginapan kedua kami semperna
Pesona Terengganu FAM Trip. Chalet Suite 2 tingkat, dimana bilik bawah mempunyai 1 double bed manakala bilik di bahagian atas mempunyai 1 double bed dan 1 single bed. Resort ini terletak di tempat yang sangat stratigik di Taksik Kenyir menpunyai 4 Suite - VVIP, 2 Suite - VIP, 5 Executive room, 20 bilik twin, 14 Chalet, 1 Hostel dan 1 bilik seminar yang menempatkan 50 orang dalam satu masa.
Hari ke tiga kami bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke destinasi seterusnya. Selepas sahaja sarapan pagi kami terus bergerak ke jeti dan terus ke jeti Pengakalan Gawi. Seterunya kami ke
Kampung Gajah, Tasik Kenyir untuk mengahadiri Program Hari Warisan Budaya dan Petukaran Kebudayaam Asean Semperna Ulang Tahun yang ke 10 Yayasan DiRaja Sultan Mizan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Inbi Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah telah mencemar duli ke program tersebut.
"Program ini bertujuaan untuk memperkenalkan budaya dan sosio ekonomi rakyat Negeri Terangganu dan Malaysia. YDSM juga telah melaksanakan pelbagai program dan projek ke arah menggalakan penyuburan kebudayaan termasuk seni kraf warisan"
Yang Berbahagia Dato' Haji Mohd Fadzli Bin Yusop, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan DiRaja Sultam Mizan.
Setelah habis jer majlis kat
Kampung Gajah, kami meneruskan perjalan kami ke
Kampung Cina. Untuk menyaksikan sendiri keunikan seni yang terdapat di
Kampung Cina.
Sebelum tiba di Kamping Cina kami singgah di Keropok Lekor BTB dimana salah satu keropok lekor yang terkenal dengan Keropok Lekor Keju. Keropok Lekor disini mempunyai pelbagai jenis seperti Lekor biasa, Jejari Keju, Cheesy Lava, Cheesy Poppers, Black Pepper Cheesy Poppers, Black Pepper Poppers dan Cheese Onion Poppers
Kami sempat merasa 3 dari 5 keropok lekor Keju yang ada disini. Kepada anda yang akan datang ke Kuala Terengganu jangan lupa singgah dan mencuba sendiri keropok lekor Keju BTB. Selain dapat merasa keropok lekor Keju kami juga dapat melihat process membuat keropok lekor disini.
Kami dah penat berjalan kat
Kampung Cina, Kami pun terus ke
Hotel Tanjong Vista, Kuala Teregganu.
Hotel Tanjung Vista merupakn hotel ketiga sepanjang kami di sini.
Hotel Tanjong Vista merupakan hotel yang
betaraf 3 bintang mempunyai 199 bilik kesemuanya termasuk 20 bilik Superior, 110 bilik Superior Deluxe, 38 bilik Deluxe, 10 bilik Family, 10 bilik Executive Deluxe ,10 Premium Suites & 1 Bayu Suite.
Setelah hilang penat berjalan kat Kampung Cina tadi kami dijamu makan malam di
Hotel Tanjong Vista berkonsepkan
"Chinese Cuisine" mempunya
"8 Courses" memang sedap dan puas hati la. Habis je makan malam kami di bawa bersiar siar di
Taman Temadun Islam. Dimana terletak yer
Masjid Kristal yang dikenali ramai.
Kami sekali lagi dijamu makan malam di
Restoran B'Beteng, Taman Tamadun Islam. Kali ni kami di jamu dengan
Ikan Bakar. Walupun dah makan kat hotel tadi kami tetap berselera makan kat sini, bak kata orang " Rezeki Jangan Ditolak". Setelah semua kekenyangan kami pun beransur balik ke hotel.
Keesokan hari yer merupakan hari terakhir kami semua berada di Terenganu, selepas jer sarapan kami terus ke Pasar Payang dan juga dikenali sebagai "Central Market".
Pasar Payang terdiri daripada bangunan kompleks 2 tingkat. Di bahagian bawahnya terdapat gerai basah dan gerai menjual pelbagai kuih-muih traditional negeri Terengganu. Di bahagian atas terdapat pelbagai kedai menjual pelbagai barangan. Ia terletak berhampiran dengan jeti Shabandar dan merupakan tempat persinggahan pelancong yang hendak menaiki bot ke pulau-pulau berhampiran.
Pasar Kedai Payang terletak di bandar Kuala Terengganu,
Terengganu betul-betul mengadap Laut China Selatan. Bangunan pasar ini dua tingkat terbahagi kepada dua jenis barang utama. Bahagian bawah menjual barangan dapur. Sementara tingkat atas menjual pakaian terutama batik Terengganu dan songket tenunan Melayu. Pasar Payang merupakan destinasi terakhir kami sebelum kami berangkat ke airport untuk balik ke Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment