KARNIVAL DAMAI BERSAMA SYRIA CARE MALAYSIA | KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2015 - Berita demi berita yang ditatap dan didengar melalui pelbagai medium berita meruntun hati orang ramai. Menatap wajah pelarian Syria yang terdiri daripada pelbagai usia dan golongan membuatkan hati yang melihat jadi sedih dari hiba. Apatah lagi melihat kesusahan yang ditempuhi mereka tampa rela.
Sehubungan dengan itu, pihak Syria Care Malaysia berasa terpanggil untuk mengadakan sebuah karnival yang dinamakan Karnival Damai yang bakal berlangsung di beberapa lokasi. Acara yang dikoordinasikan oleh Paluan Seni Entertainment ini mempunyai niat dan tujuan yang murni dalam menyelami masalah pelarian Syria yang kini juga menjadi tanggungjawab bersama.
Artis yang akan menjayakan karnival ini seperti Afterschock Malaysia, Wanns Ahmad, Penta Voice, UNIC, Then Won dan ramai lagi artis lain mengikut lokasi lain yang akan turut mengalas tanggungjawab mereka dalam menerbarkan kesedaran ramai tentang Syria. Pengurus besar bagi projek ini ialah Puan Siti Sakinah Bt Meor omar Baki.
Tujuan karnival ini ialah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum berkaitan bencana kemanusian di Syria. Di samping itu juga projek yang dinaungi oleh Sheikh Sameer Sakka ini juga diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran penuh kepada rakyat Malaysia tentang apa sebenarnya yang berlaku di Syria dan kesusahan yang mereka alami.
Karnival yang menjemput Hafiz Hamidun, Puan Siti Sakimah Meor Omar Baki, Pengurus Besar Syria Care Malaysia, Uztaz Rizal Ali, Pengurus Projek Syria Care Malaysia dan Encik Shaharil Shah, Pengarah paluan Seni Entertaiment sebagai panel ini juga dilaksanakan bertujuan untuk mewujudkan saluran kebajikan bagi rakyat Malaysia untuk menghantar bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada mangsa- mangsa yang terbabit.
Lokasi pertama yang dipilih untuk karnival ini ialah di Dataran Pahlawan, Melaka yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 November 2015. Ini akan diikuti oleh 7 lagi buah negeri seperti Johor Bahru, Sungai Petani Kedah, Ipoh Perak, Kuantan Pahang, Kota Bharu Kelantan, Shah bandar Kuala Terangganu dan lokasi terakhir Kuala Lumpur.

Dimaklumkan juga sekiranya kepada pihak semua yang berminat untuk membeli rangkaian 'Booth Jualan Karnial' boleh menghubungi pihak Paluan Seni Entertaiment di talian 03-9174 6428 atau pegawai perkhidmatan kami iaitu Encik Ariel di talian 017 641 0942
No comments:
Post a Comment