Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
BillanceFlashlightinfo

BILLANCE DAN JESSIE BERDUET LAGU "FLASHLIGHT"??

BILLANCE DAN JESSIE J BERDUET LAGU " FLASHLIGHT"?? | Billance Fung Chee Von Seorang anak kelahiran Negeri Sabah yang berasal daripada Kota Kinabalu dan merupakan etnik Sino Kadazan telah menarik perhatian warga Facebook setelah rakaman videonya yang berduet dengan seorang penyanyi terkenal yang bernama Jessie J dengan lagu Flashlight dikongsikan kepada umum melalui profil akaun "Facebook" peribadinya.



Video tersebut telah mendapat sambutan yang hangat setelah dikongsikan disebuah Page Facebook yang bernama The Future of Sabah/Sarawak and the Federation of Malaysia" dan telah mencatat jumlah "share" yang telah mencecah 2,136  dan "Like" sebanyak 1,654. Manakala, jumlah rekod "share" di akaun peribadinya mencatat sebanyak 680 dan "Like" dalam 1,272.

Menurut beliau,  "rakaman tersebut dilakukan secara "duet" bersama dengan penyanyi Jessie J tetapi bukan secara live. Ia menggunakan aplikasi "Sing! Karaoke by Smule" dan sesiapa juga boleh melakukannya."

"Tiada sebarang latihan khusus. Saya hanya menyanyikannya "for fun" sahaja. Terdapat banyak pilihan lagu sama ada "single, duet or group" yang tersedia dalam aplikasi tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan hanya perlu memilih salah satu lagu berkenaan untuk dinyanyikan", ujarnya.

Respon daripada warga Facebook yang rata-ratanya berasal daripada Sabah dan Sarawak memberikan pujian terhadap kemerduan suara beliau. 

Difahamkan bahawa beliau bekerja sebagai Jurutera Proses (Process Engineer) di Kota Kinabalu, Sabah.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib