TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI DI ISTANA BUDAYA

TEATER MADUKU KALUT RETURNS KEMBALI Kembali di atas permintaan orang ramai. Tanggal 7, 8 dan 9 Ogos ini, pentas Panggung Sari, Istana Budaya bakal dimeriahkan dengan pementasan semula, sebuah naskah teater yang berjaya mencipta fenomena tersendiri  sekitar 2 tahun lalu.


Maduku Kalut Returns, itulah judul pementasan semula naskah yang pernah mendapat 6 pencalonan di Boh Cameronian Awards edisi ke 11 di antaranya, Pelakon Lelaki Terbaik (Izzue Islam), Pelakon Pembantu Terbaik (Soffian Bujang dan Fazleena Hishamuddin), Rekaan Set Terbaik, Rekaan Muzik dan Lagu Terbaik serta Rekaan Kostum Terbaik. 

Dibarisi oleh Remy Ishak, Jihan Muse, Nad Zainal, Sherry Alhadad, Dafi dan Atoi Tohet, pastinya MKR menjanjikan sesuatu kelainan kepada atmosfera seni teater negara.

Maduku Kalut Returns merupakan satu naskhah komedi yang diadaptasi oleh Mazli Abdul Rahman daripada satu karya “farce”  yang ditulis oleh Ray Cooner iaitu Run For Your Wife. 

Maduku Kalut Returns mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa. Masalah bermula apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan Selamat mencuba untuk mengelakkan diri daripada menemukan kedua-dua isterinya.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, MKR bakal membawa penonton, untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja. Biarpun bergenre komedi, MKR diharapkan mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada penonton yang hadir.

Saat diajukan pertanyaan mengenai pementasan semula teater Maduku Kalut Returns, Amer Syafiq selaku penerbit eksekutif mempunyai alasan tersendiri untuk tersenyum lebar. Bagi beliau, MKR lebih dari sebuat pementasan teater. MKR merupakan simbol survival dan persahabatan yang terjalin di antara penggiat-pengiat seni teater, yang rata-ratanya berada di dalam linkungan usia belia. 

Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di www.AirAsiaRedtix.com dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum. 

MENGENAI MASKTEAM | Mula memahatkan nama sekitar awal 2011, Mask Team merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pengkhususan penganjuran acara, dan “Rumah Media”. Ditunjangi oleh sekumpulan anak muda, Mask Team berorientasikan, kreativiti dan sentuhan kelainan didalam setiap perkara yang diceburi.

Setelah hampir 4 tahun beroperasi, Mask Team ternyata sudah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan organisasi lain. Antara hasil kerja yang mendapat sentuhan Mask Team adalah seperti, Teater Projek Kahwin, Teater Juta-Juta, Teater Kawan-Kawan Yang Kita Suka dan penganjuran acara Rejunevasi Lahad Datu hasil kerjasama bersama dengan Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, terbaru, Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa dan konsert Malam Inspirasi Kun Anta.Pelbagai pengiktirafan telah di raih Mask Team antaranya Persembahan Kumpulan Teater Terbaik, Pengarah Teater Terbaik dan Skrip Asli Terbaik untuk Boh Cameronian Awards. 

Selain daripada penganjuran acara, Mask Team juga mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran sosial media, penjenamaan dan pemasaran serta produksi televisyen. Secara mudahnya, dengan Mask Team, segala permasalahan media anda, kami selesaikan. 

Peluang menganjurkan Konsert Malam Keajaiban Cinta Dato’ Rossa bersama Airish Events, diharapkan dapat menaikkan lagi nama Mask Team, sebagai salah sebuah organisasi penganjuran acara yang berkaliber dan disegani.

Share this:

PESANAN PEMILIK

Yazid Izzat

Hai, Terima Kasih sudi singgah dan membaca article kali ni. Kalau tidak keberatan jangan lupa untuk komen, share dan follow. Jangan lupa untuk ke Instagram YI disana banyak gambar-gambar yang menarik. www.instagram.com/yazidizzat

0 comments:

Post a Comment