MINI THAILAND WEEK KEMBALI LAGI | Kuala Lumpur, 29 June 2017 - Setiap kali kita sebut mengenai Tailand pasti kita akan ingat hasil tangan orang tempatan yang sangat menarik dari kain hingga la kerja tangan perabot yang unik. Sebut mengenai makanan Thai sememang yer sinonim dari Tom Yam, Somtam dan pelbagai lagi hidangan yang telah lekat di hati Rakyat Malaysia.
Bagi korang yang tidak sempat untuk ke Thailand, ini pasti berita gembira untuk korang merasa sendiri ke unikan Thailand pada Bulan Julai ni di Tanah Air kita.
Untuk pengetahuan korang semua "Mini Tailand Week" pertama dilancarkan pada tahun 2009 oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa di bawah Kementerian Perdagangan Thailand, Minggu Thailand menjadi sebagai platform di mana para usahawan Thailand dan Malaysia dapat berinteraksi, mengurus dan menjalin perkongsian dan kerjasama baru. Kini edisi ke-9, "Mini Tailand Week" telah berkembang menjadi acara tahunan utama yang tidak hanya memudahkan perdagangan dua hala antara kedua negara. Malah meningkatkan kesedaran dan pendedahan antarabangsa terhadap budaya dan tradisi Thailand.
Tahun ini, "Mini Thailand Week" bertemakan "Urban Lifestyle", di mana ia bersedia untuk membawa pelbagai produk gaya hidup .Thailand, makanan dan minuman serta barang kesihatan. Produk berkualiti baik ini akan dipamerkan pada harga terbaik.
Bukan itu sahaja, di "Mini Tailand Week" para pengimport dan peniaga terdapat satu sesi khas iaitu "Business Matching", pelawat juga dapat menyaksikan demonstrasi lukisan papan kayu oleh seniman Thailand yang terkenal, Tanupon En-On. Encik Tanupon terkenal dengan penguasaan teknik mural E-Sarn dalam warna akrilik bertenaga pada lukisan kanvas. Bagi korang yang berminat, papan kayu boleh dibeli dengan harga RM20, yang mana Encik Tanupon sendiri akan membimbing pelawat tentang cara cat menggunakan teknik ini. Pengunjung boleh membawa pulang karya seni mereka sebagai cenderahati.
Bagi korang yang berjaya menyiapkan papan kayu korang dan kosingkan di Facebook "Mini Thailand Week" dengan mengunakan #minitailandweek2017 akan menerima kejutan promosi istimewa dari Jabatan Perdagangan Antarabangsa.
So korang jangan pula untuk datang "Mini Thailand Week" pada 6 - 9 Julai dari 10 pagi hingga 10 malam bertempat di One Utama Shopping Centre. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang menanti korang dari persembahan Tradisional Thai dan banyak lagi. Masuk adalah PERCUMA.
Lawati http://www.facebook.com/ThailandTradeShow.MY untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara tersebut, atau e-mel thaibusinessmatching@gmail.com atau hubungi 03-7960 5055 untuk maklumat lanjut.
ada masa lagi ni nak pergi..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya.. ;)
Jemput singgah ke blog MamaJue
selamat hari raya juga.. nanti jumpa kat sana k.
Delete