PAK PONG MEMBAWA ANDA KE ALAM FANTASI | Kuala Lumpur, 2 Mar 2017 - Baru-baru ni YI berkesempatan menghadiri Malam Gala filem PAK PONG yang dikatakan sudah lima tahun disimpan akhirnya menemui penonton bermula 23 Februari 2017. Meh YI kongsikan sedikit menengai PAK PONG
Filem PAK PONG yang bergenrekan fantasi komedi ini merupakan arahan sulung dari Fauzi Nawawi. Watak 'Muda' lakonan Hairul Azreen adalah peneraju utama dalam filem ini. Filem ini turut dibintangi oleh Hairul Azreen, Siti Saleha, Badrul, Fauzi Nawawi, Eizlan Yusof, Jasmin Hamid, Izreen Azminda dan ramai lagi. Filem yang diklasifikasikan untuk tonton 13 tahun keatas sahaja (P13) dan ditayangkan dalam bentuk 2D.
Jarang sekali filem tanah air kita yang bergenre fantasi komesi. Selalunya kita dah biasa dengan komedi seram ataupun kisah cinta. Idea yang cuba disampaikan dalam filem PAK PONG agak menarik tetapi fokus utama seperti tersasar sedikit kerana tidak mengfokuskan dengan satu jalan cerita. Filem PAK PONG akan menbuat korang gelak ketawa malah ada terselit babak cinta dan juga sedih.
YI secara peribadi memberi 3.5 bintang dari 5 bintang. Apa lagi korang jangan lupa untuk menonton filem PAK PONG di pawagan berhampiran dengan korang.
No comments:
Post a Comment