Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
Grand Hyatt HotelTravelTraveloka

GRAND HYATT HOTEL KUALA LUMPUR

GRAND HYATT HOTEL KUALA LUMPUR | KUALA LUMPUR, 25 Mar 2017 - Hai korang, Bagi korang yang masih lagi pening kepala kemana destinasi percutian untuk bawa anak-anak makan angin bersama ataupun untuk percutian bersama kawan-kawan, untuk kali ini YI nak mencadangkan korang untuk memilih Kuala Lumpur sebagai tempat percutian korang. Mesti korang dah terbayangkan kesesakan lalu lintas dan kesibukan penghuninya kan. Itu betul, tapi Kuala Lumpur merupakan destinasi yang ada banyak tarikan utama yang korang boleh kunjungi bersama keluarga ataupun kawan terutama bagi yang kaki shopping tu.


Bagi kaki shopping, korang takyah risau pikir kat mana nak pergi shopping sebab kat Kuala Lumpur ada banyak tempat membeli belah,korang just sediakan duit je untuk shopping. Sebagai contoh, korang boleh ke Jalan Masjid India, Sephora, Starhill Gallery, Sogo dan banyak lagi. Kalau nak tahu apa lagi yang menarik kat sini, korang kenalah datang dan alami sendiri percutian di Kuala Lumpur dan jangan lupa! Kunjungi traveloka.com untuk tempahan hotel.


Mesti korang peningkan nak memilih hotel yang mana satu. Dengan menggunakan aplikasi Traveloka, YI mencadangkan korang untuk memilih sebuah hotel yang memang superb habis, Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur. Hotel yang bertaraf 5 bintang ini terletak di lokasi yang sangat strategic, iaitu di tengah bandaraya metropolitan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan KLCC, menjadikan Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu ini salah satu pilihan utama pengunjung dari luar mahupun dalam negara.


Apa yang best pasal Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu ni adalah korang tidak perlu risau untuk berjalan jauh ataupun menempuh traffic jam yang akan merosakkan mood holiday korang untuk ke tempat menarik kerana ada banyak tempat menarik disekitar hotel ini. Sebagai contoh China Town atau Jalan Petaling (3.6 km dari hotel), Taman Burung KL (6km dari hotel), Petronas Twin Towers (0.5 Km dari hotel) dan banyak lagi tempat lain. Korang jugak takyah risau pasal transportation kerana hotel ini berdekatan dengan banyak public transport seperti Stesen Putra LRT KLCC yang terletak hanya 0.6 Km dari Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu dan of kos, banyak perhentian-perhentian bas di sekitr ni. Mudah kan? 


Mesti korang tertanya-tanya apa lagi keistimewaan Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu ini? Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu memiliki 412 bilik yang luas termasuk 42 suite yang berlatarkan permandangan langit yang menakjubkan pada waktu malam. Bilik-bilik di hotel ini dikelaskan kepada beberapa kategori seperti Standard, Deluxe, Grand Club,View, Suite, Diplomat Suite dan Presidential Suite yang mana masing-masing direka untuk keselesaan korang. 


Dah nama hotel 5 bintang kan, mesti mempunyai swimming pool. Bagi korang yang nak merasa mandi di swimming pool berlatarkan pemandangan indah dan gaya mewah boleh la cuba mandi, Kalau korang nak tahu, gaya mewah yang YI maksudkan ialah berehat di swimming pool sambil menikmati minuman jus ataupun teh istimewa sambil menikmati permandangan kerana terdapat restoran terletak ditepi swimming pool. Bagi yang bekerluarga, korang jangan risau, swimming pool direka untuk kegunaan orang dewasa dan jugak kanak-kanak. Jadi korang juga boleh bersantai bersama-sama anak-anak.


Bagi yang nak merasa pengalaman memanjakan badan di spa, korang takyah pergi jauh kerana Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu menyediakan perkhidmatan spanya sendiri iaitu Essa Spa. Essa Spa menggunakan ramuan traditional melayu untuk meremajakan badan dan rawatan muka bagi lelaki dan juga wanita. Bagi yang nak rasa lagi cergas dan bertenaga korang kenalah cuba ke Essa Spa ini. 


Then, dah datang tempat high class camni, mestilah korang yang nak merasa masakan yang bertaraf 5 bintang kan? Haa, jangan risau kerana Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu sendiri menyediakan masakan yang lazat dan menawarkan tempat makan malam yang sangat romantik berlatarkan keindahan bandar pada waktu malam. Bila lagi korang nak makan romantik bersama pasangan korang kan? Inilah masanya! Kat hotel ni terdapat 3 dining place yang korang boleh pilih iaitu JP Teres, Thirty8 dan Poolside.


Jadi apa yang korang tunggu lagi, banyak lagi kemudahan yang disediakan di hotel bertaraf 5 bintang ini. Jangan lupa kunjungi dan tempah Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpu di Traveloka sekarang untuk mendapat kadar bilik yang paling rendah!

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib