Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
EventTICD16Travel

TIOMAN ISLAND CLEAN-UP DAY 2016 - HARI PERTAMA

TIOMAN ISLAND CLEAN-UP DAY 2016 - HARI PERTAMA | PULAU TIOMAN, 21 Oktober 2016 - Seawal jam 4.00 pagi kami telah berkumpul di lobby Berjaya Hotel Times Square, Kuala Lumpur untuk Tioman Island Cleaning Day 2016 atau TICD 2016. Apa itu TICD?  YI akan kongsikan dengan korang.



TICD merupakan inisiatif Berjaya Hotels & Resorts. Bermula pada tahun 2010, pada mulanya Berjaya Hotels & Resorts bersama-sama komuniti penyelam berminat untuk membersihkan terumbu karang dan sekitar kawasan Pulau Tioman. TICD kini berkembang menjadi sebuah program CSR yanga akan diadakan setiap tahun. TICD dengan sokongan daripada PADI, Project AWARE dan pusat menyelam Tioman.



Kami bertolak dari Berjaya Hotel Times Square, Kuala Lumpur pada jam 5 pagi menuju Jetti Tenjung Gemuk. Sepanjangn perjalanan kebanyakan yer kami semua terlena maklumlah perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami sempat singgah di pekan Muazam untuk bersarapan pagi. Selepas sarapan kami semua meneruskan perjalanan kami ke Jeti Tanjung Gemuk. 




Kami bertolak menaiki feri dari Jeti Tanjung Gemuk ke Jeti Kg Tekek, Pulau Tioman yang megambil masa 2 jam perjalanan. Setiba kami di Jeti Kg Tekek, Pulau Tioman kami meruskan perjalanan kami ke Restoran Sri Nelayan, Berjaya Tioman Island Resort untuk makan tengah hari dan daftar masuk, kami disambut dengan persembahan silat dari SMK Kg Tekek.






Semasa makan tengah hari kami sempat diberi taklimat apa yang akan kami lakukan sepanjang kami berada disini. Setelah selesai makan tengah hari kami membuat lawatan sekitar Berjaya Tioman Island Resort, yang menariknya kami semua hanya menaiki basikal untuk lawatan ni.










Setelah selesai membuat lawatan, kami diberi peluang untuk melakukan aktiviti petang kami, snorkeling, berkayak, 'bottom glass boat' dan golf. kami di bahagikan dengan 4 kumpulan. Kumpulan kitorang memulakan dengan bermain Golf, banyak juga ilmu yang kami pelajari semasa sesi bergolf. Setelah selasai kami pun terus ke aktiviti yang kedua iaitu Snorkeling, YI demam macam nie pun tak lepaskan peluang yang ada, maklumla suka sangat dengan air. Disebabkan kami terlaku kusyuk dengan bergolf dan snorkeling kami tak sempat nak try kayak dan 'bottom glass boat' sebab hari dah gelap.










Habis jer aktiviti kami pun terus diberi kunci bilik, bersiap untuk makan malam pulak. Sebenarnya untuk hari pertama ade pertandingan 'selfie', sape yang paling banyak 'like' dia akan dapat makan malam romantik. So pemenangnya ialah Neyra dan Halim taniah YI ucapkan, kami yang lain  yer menjamu seleea buffet dinner di Restoran Sri Nelayan.















Selepas makan malam, kami semua terus ke pantai untuk ambik angin jalan punya jalan kami tiba di jeti kat sana banyak burung yang sedang berehat. Bak kate Encik Sonny kalau dapat tangkap burung tu dan kita lepaskan orang kata ada petanda kita akan bernasib baik. Lepas tu, kami balik semula ke Sri Nelayan dan balik ke bilik masing-masing masa untuk tidur. 


No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib