BUFFET RAMADHAN RYMBA HAVEN NILAI | NILAI, 07 JUN 2016 - RYMBA HAVEN NILAI merupakan lokasi YI kali ni untuk preview BUFFET RAMADHAN RYMBA HAVEN NILAI. Rymba Haven Nilai ni merupakan private venue untuk orang buat event, majlis perkahwinan, makan-makan dan sebagainya. Memang cantik sangat tempat ni dan more into nature sesuai dengan lokasinya yang terletak atas Bukit Nilai Perdana.
Antara fasiliti yang ada di Rymba Haven Nilai ni ialah kemudahan tempat tinggal, Rymba Haven Santai Cafe, kolam, audio PA sound system, VIP room, balkoni untuk lepak bersama keluarga, karaoke, wifi, parking yang cukup luas untuk semua, dan juga kemudahan surau turut disediakan. Dewan dan anjung yang full aircond pun ada juga.
Sempena bulan Ramadhan ni, Rymba Haven Nilai ada menyediakan pakej BUFFET RAMADHAN RYMBA HAVEN NILAI yang menfokuskan kepada masakan kampung, antara masakan yang wajib ada ialah masakan Nogori yang akan buat korang terliur.
Sambil makan, semua orang akan dihiburkan pulak dengan persembahan Cak Lempong oleh Kumpulan Bonang. Memang sedap je alunan lagu -lagu tradisi khususnya lagu tradisi nogori yang didendangkan terus menghidupkan lagi suasana berbuka anda.
Terima kasih Rymba Heven Nilai, sudi jemput kami datang untuk berbuka disini.
Harga BUFFET RAMADHAN RYMBA HAVEN NILAI untuk seorang dewasa adalah RM55 dan RM30 untuk kanak-kanak. Akan tetapi pihak Rymba Haven Nilai menawarkan potongan diskaun kepada RM50 sahaja bagi mereka yang menempah awal. Tawaran ini hanya sah sehingga 6 Jun 2016 dan selepas tawaran tamat harga kembali ke harga asal.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai Rymba Haven Nilai :
Website : www.rymbahaven.com
Facebook : www.facebook.com/rymbahaven
Instagram : www.instagram.com/rymbahaven
Contact number:
06 799 1314
Hazel Al-Attas: 019 287 1213
Kredit Gambar:
No comments:
Post a Comment