Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
PERHENTIAN ISLAND RESORT | PULAU PERHENTIAN, 27 May 2016 - Baru-baru ni YI bersama geng Projek Travel berkemsempatan ke pulau yang tercantik di Malaysia dan juga antara pulau yang tercantik di dunia, tak lain tak bukan Pulau Perhentian.

Pulau Perhentian terletak di daerah Besut, negeri Teranganu Darul Iman. Seperti biasa YI dan geng Prokek Travel memilih Flight untuk menjimat kan masa perjalanan kami. Masa satu jam pernerbangan dari Airport KLIA2 ke Aiport Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Kami meyambung perjalanan ke Jeti Kuala Besut, Terangganu dengan mengunakan kereta sewa.

Setelah tiba di Jeti Kuala Besut, kami terus menaiki boat untuk ke Perhentian Island Resort, perjalanan yang mengambil masa 40 minit kami tiba di jeti yang betul betul berhadapan dengan Perhentian Island Resort
A photo posted by Yazid Izzat (@yazidizzat) on

Setiba kami di Reception kami dihidangan minuman selamat datang dan tuala basah untuk menghilangkan keringat kami sepanjang perjalanan.  Chalet ‘Superior Classic’ menjadi pilihan kami untuk 3 hari 2 malam disini.

A photo posted by Yazid Izzat (@yazidizzat) on


Perhentian Island Resort menawarkan 2 jenis pakej untuk dipilihan. Untuk yang sukakan free n easy, ‘Perhentian Discovery’ menawarkan pakej penuh 3 hari dan 2 malam bermula serendah RM430 seorang :

Minuman Selamat Datang
Penginapan 2 Malam
2 kali Sarapan Pagi
2 kali Makan Tengah Hari
2 kali Makan Malam
Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
Tiket Taman Marin

Manakala, bagi yang meminati aktiviti laut pakej 'Perhentian Snorkeling' menanti bermula pada harga serendah RM510 seorang:

Minuman Selamat Datang
Penginapan 2 Malam
2 kali Sarapan Pagi
2 kali Makan Tengah Hari
2 kali Makan Malam
2 kali trip snorkeling termasuk peralatan snorkeling
Pengangkutan bot pergi-balik Jeti Kuala Besut
Tiket Taman Marin


Perhentian Island Resort turut menyedian fasiliti termasuk bekalan elektrik 24 jam, kemudahan kolam renang, bilik karaoke, kedai cenderamata, pusat urutan (spa wanita) serta restoran dalam dekorasi kayuan klasik.



Tawaran pakej bilik 'Superior Classic', 'Deluxe Heaven', 'Premier Garden','Family Heaven', dan 'Premier Beachfront' menpunyai tarikan dan keistemewaan tersendiri. Bagi korang yang nak berbulan madu tu Perhentian Island Resort pasti memberi memori terindah korang.









PERHENTIAN ISLAND RESORT – PUSAT PENETASAN PENYU
Sebagai salah satu tanggungjawab pihak pengurusan resort ini untuk memastikan produk pelancongan Pulau Perhentian yang baik dan berpanjangan selalu, dengan bangganya kami ingin maklumkan bahawa satu Kawasan Penetasan Penyu telah ditubuhkan pada 7hb Mei 2016.

Berada di sebelahan Pusat Aktiviti Laut (Sea Sports Centre), Kawasan Penetasan Penyu ini akan dijaga oleh sekumpulan pekerja dari pelbagai jabatan di sini yang akan dikenali sebagai “Turtle Warrior” atau “Pendekar Penyu”. Kemudahan ini merupakan satu kerjasama antara pihak resort bersama dengan Pusat Penetasan Penyu Pulau Perhentian yang disokong oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Dengan adanya kemudahan ini, lebih banyak lagi program-program yang bersesuaian akan diperkenalkan kepada para pengunjung resort ini dan juga pekerja-pekerja di sini pada masa yang akan datang. Pihak kami juga berharap kemudahan ini dapat memberikan satu peluang yang lebih baik untuk penyu-penyu tersayang di Pulau Perhentian ini daripada masalah kepupusan.


Perhentian Island Resort menjanjikan peggalaman yang menarik buat korang. Korang nak usha gambar gambar YI semasa disini usha intargram YI di www.instagram.com/yazidizzat

Untuk maklumat lanjut berkenaan Perhentian Island Resort sila layari:


Kredit Photo:
Akugraphy

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib