KALI KEDUA KE PULAU PERHENTIAN | KUALA BESUT - 29 May 2016, Sekali lagi ke Pulau Perhentian, Seperti yang korang tahu pada bulan Mar lepas YI dah pun ke Pulau Perhentian Kecil. Kali nie YI dengan geng Projek Travel akan ke Pulau Perhentian Besar ingin mencuba suaasa yang ditawarkan disana. Di Pulau Perhentian Besar kami menginap di Perhentian Islan Resort kalau korang nak tau apa yang ada di Perhentian Resort Island [Klik disini]
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabagsa Kuala Lumpur Terminal 2 seawal jam 8 pagi kerana penerbangan kami ke Kota Bharu jam 10.40 pagi dengan number penerbangan AK 6434 yang dikendalikan oleh AirAsia. Penerbangan kami mengambil masa kira kira 1 jam dan kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. Kelantan? Bukan Pulau Perhentian dekat Terengganu ke? Bagi korang yang tak pernah sampai kesini pasti korang rasa pelik kan, untuk pengetahuan korang Lapangan Terbang Kota Baru lagi dekat berbanding Lapangan terbang Kuala Terangganu.

Setelah semuanya ready kami pun meneruskan perjalan kami ke Jeti Kuala Besut. perjalanan kami mengambil masa kira kira 1 jam dan 30 minit dengan kereta sewa. Setelah tiba kami pun makan tengah hari di restoran yang terdapat di Jeti Kuala Besut ye la masih masing masing pun dah kelaparan. Setelah makan kami pun menaki boat untuk ke Pulau Perhentian Besar. Kalau Korang masih ingat masa ke Pulau Perhentian Kecil dulu kami menaiki boat yang memuat kan kira kira 12 orang. Kali kami menaiki boat yang boleh memuatkan lebih kirang 30 orang. yang pang syok yer kami hanya berlima sebesar besar boat.
Kami tiba di jeti yang betul betul berhadapan dengan Perhentian Isalan Ressort setelah 40 minit merentas laut cina selatan. Setiba kami tiba di reception, Kami disambut mesra dengan En Rudy, kakitangan Perhentian Island Resort dengan dihidangankan minuman selamat datang dan juga tuala basah yang dingin untuk mehilangan keringgat kami sepanjang perjalan ke sini.
Lepas je daftar masuk kami pun terus masuk kebilik untuk berehat sebentar sebelum kami memeruskan aktiviti sebelah petang. setelah semua dah dah bertenaga semula kamu pun mula megelilingi Perhentian Island Resort ditemani En Rudy. Kalau korang nak tau jenis bilik dan kemudahan yang ada di Perhentian Island Resort [Klik disini]. Setelah habis jalan-jalan kat resort kami bersihkan diri untuk makan malam. Setelah selesai makan malam kami pun lepak tepi laut, disini tidak seperti Pulau Perhentian Kecil dimana disini malam agak romantik sesuai kepada pasangan yang tengah berbulan madu.'
Hari seterusnya, kami bangun seawal pagi untuk sarapan setelah sarapan kami terus siapkan diri untuk aktiviti kami. Kami mulakan aktiviti dengan snorkeling ke 4 point iaitu Serenggeh, Tokong Burung, Pulau Rawa dan turtle point ditemani Ms Diana selaku guide kami untuk 4 point. Setelah selesai 4 point untuk pagi ni kami pun kembali semula ke resort untuk makan tengah hari. Selapas makan dan rehatkan diri kami meneruskan kan lagi akitivi snorkeling kami ke 3 point seterusnya iaitu Marine Park, Batu Nisan dan D'Lagoon point kali ni Syafiq selaku guide kami. Setalah semua kepenatan kami pun pulang ke resort. Kami bersih kan diri dan siap siap untuk makan malam. Malam tu hujan lebat dan agak berangin so malam ni tak dapat nak lepak kat tepi laut. Balik kebilik tak perlu tunggu la YI pun terus terlelap kepenatan.
Hari terakhir, habis je sarapan kami habis kan masa untuk pusing pusing kat pulan ni, kami kembali semula ke bilik untuk packing barang dan bersedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian Besar. Boat kami telah pun tiba di jeti bersedia untuk menghantar kami ke Jeti Kuala Besut. Setiba kami disana kereta sewa terus menjemput kami untuk mengantar kami ke lapangan terbang.

Sepanjang perjalanan kami ke lapangan terpang kami sempat singgah untuk membeli keropok ekor untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur, Kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Baru dan terus daftar masuk untuk penerbangan AK 6439 dikendalikan oleh AirAsia. Penerbangan kami negambil masa satu jam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2. Kalau berpeluang untuk ke Pulau Perhentian lagi sudah semestinya YI kan join lagi.
No comments:
Post a Comment