EZZATY ABDULLAH LANCAR PRODUK KECANTIKAN VERMILLION ESSENCE MIST | KUALA LUMPUR, 31 Mei 2016 – Perkembangan dan permintaan masyarakat terhadap produk kecantikan dalaman dan luaran kini seolah-olah menjadi satu fenomena baru di negara kita. Melihat kepada permintaan yang menggalakkan tersebut, pelakon, Ezzaty Abdullah bersama tunangannya aktor Azwan Kombos tampil dengan produk kosmetik baharu yang istimewa
buat kaum wanita.
Vermillion Essense Mist merupakan sejenis produk anti penuaan yang mampu menghilangkan kedutan di wajah sekaligus menegang dan menganjalkan kulit. Selain itu, produk istimewa ini dapat memberi kesan pantas seawal semburan pertama.
Kandungan utama Vermillion Essence Mist ini adalah daripada buah Kigelia African Extract. Ia merupakan sejenis buah-buahan yang hanya terdapat di Afrika dan berbentuk seperti sosej. Buah ini turut bertindak sebagai ejen penyembuh kesan luka akibat terbakar.
Menurut Ezzaty, inisiatif untuk mengeluarkan produk kecantikan ini kerana merupakan satu impiannya serius berada dalam bidang perniagaan kosmetik. Katanya, dia secara tidak langsung mahu membantu para wanita dan lelaki untuk menjadi lebih cantik dan kacak tanpa perlu kosmetik yang belum pasti tahap keselamatannya.
Tambah Ezzaty, ramai yang tidak ambil peduli tentang penjagaan kulit terutamanya yang bebas daripada kesan jangka panjang. Vermillion merupakan produk terbaik yang membantu kulit lebih muda dan tegang dengan pantas serta tiada kesan sampingan.
Sementara itu, Azwan Kombos berkata, impian untuk melancarkan produk ini diibaratkan seperti angan-angan menjadi nyata.
“Sejak menceburkan diri dalam perniagaan, banyak peluang dan ruang yang saya nampak di depan mata saya. Malah, idea untuk menubuhkan syarikat bersama Ezzaty Abdullah merupakan salah satu punca pendapatan kami. Produk ini bukan sekadar trend semata-mata, ia adalah satu bentuk inisiatif yang perlu dilakukan ketika masih muda. Yang penting, saya pasti Vermillion dapat membantu ramai masyarakat khususnya wanita di luar sana menjaga kesihatan kulit dan wajah.”
Vermillion Mist didatangkan dengan dua saiz iaitu 30ml dan juga 10ml (pek percubaan).
No comments:
Post a Comment