Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
KUBULTRA TRAIL RUN 2016 | KUALA KUBU BHARU, 31 MAR 2016 - KubUltra Trail Run 2016 telah diadakan di Kuala Kubu Bharu Selangor pada 5 Mac yang lepas. Terdapat pelbagai penyertaan dari pelbagai pihak dalam larian pada kali ini. Kenapa di Kuala Kubu Baru?

Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu daerah di negeri selangor Darul Ehsan. Ianya merupakan kubu ketika perang saudara yang berlaku pada 1867 sehingga 1874 di mana lebih dikenali sebagai perang yang mengakibatkan empangan di Kuala Kubu pecah sehingga mengorbankan 33 nyawa. Akitviti penggalian bijih timah serta urusan harian tergendala disebabkan itu. Kuala Kubu baru merupakan pekan terakhir sebelum anda tiba di empangan Selanggor dan Bukit Fraser. Kini, Kuala Kubu Bharu merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi.


Untuk pengetahuan korang KubUltra Trail Run 2016 ini mensasarkan kepada 4 golongan utama iaitu:

  • Keluarga atau individu yang bersemangat tinggi dalam hiking dan trail running.
  • Keluarga atau individu yang sedang mencari-cari hobi yang mencabar dan lasak
  • Individu yang fit dan mahu mengikuti riadah yang besederhana,
  • Individu yang tercari-cari aktiviti yang mencabar.

Di KubUltra Trail Run 2016 ini mempunyai 5 kategori yang boleh dipilih iaitu:


KubUltra 5: Untuk kanak-kanak, keluarga dan pendatang baharu(5 KM).
KubUltra 10: Untuk kanak-kanak, keluarga dan pendatang baharu, dan untuk pendaki dan pelari yang tidak seberapa fit (10 KM).
KubUltra 20: Untuk sesiapa yang belum bersedia untuk berlari pada jarak yang terlampau panjang (20 KM).
KubUltra 40: Untuk sesiapa yang sanggup memaksa diri mereka ke tahap tertinggi (40 KM).
KubUltra 60: Untuk seseorang yang inginkan cabaran dan sanggup meninggalkan zon selesa mereka. (60 KM).


Untuk maklumat lanjut mengenai KubUltra Trail Run ini bolehlah layari mana-mana laman di bawah:



Terima kasih diucapkan kepada pengajur iaitu (Asian Trail Explorers), penaja (Malaysia Major Events, Tourism Selangor, Gatorade, Volume One, Running Malaysia Magazine dan lain-lain) dan tahniah juga kepada semua pemenang!

Kredit Gambar:

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib