ONE CHAMPIONSHIP: CLASH OF HEROES | KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2016 - Baru baru ni YI berpeluang menyaksikan sendiri One Championship: Clash of Heroes di Stadium Negara. Terima kasih kepada Metro Events yang memilih YI sebagai salah seorang pemenang “contest” yang di anjurkan oleh Metro Events. Hadiah yang YI dapat merupakan ticket One Championship yang bernilai RM 116.
Clash of Heroes menampilkan 10 orang ‘fighter” yang berasal dari pelbagai negara. Perlawanan utama yang dinanti-nantikan ialah perlawan Ev Ting dari Malaysia menentang Eric Kelly dari Philippines.
YI sempat menyaksikan 8 perlawanan yang di mulakan dengan perlawanan James Kouae dari Canada menentang Agilan Thani dari Malaysia. Tumbukan yang bertubi-tubi dari Agilan membawa kemenagan keatas Agilan Thani dari Malaysia.
Selepas itu, perlawaan diteruskan lagi dengan Chistian Lee dari Singapura menentang Mahmoud Mohamed dari Egypt. Dengan kepantasan tumbukan dan tendangan Chistian Lee dari Singapura memperoleh kemenagan dengan mudah.
Setelah berehat seketika perlawaan di teruskan dengan pelawaan Rayner Kinsiong dari Malaysia menentang Keanu Subba juga dari Malaysia. Kemengan berpihak kepada Keanu Subba kepantasan tumbukan dan asakkan padu membuat Rayner Kinsiong kalah di tangan Keanu Subba.
Seterusnya, perlawan Samir Mrabet dari Belgium menentang Sami Amin dari Egypt. Kemenangan diperoleh oleh Samir Mrabat dari Belgium.
Perlawan diteruakan dengan Gaje Eustaquio dari Philippines menentang Saiful Mexican dari Malaysia. Dengan satu tendangan dari Gaje Eustaquio, Saiful Mexian terus rebah dan kemengan berpihak kepada Gaje Eustaquio dari Philippines.
Perlawanan Jake Butler dari USA menentang Tatsuya Mizuno dari Japan. Dengan kelebihan yang ada Jake Butler memberi tumbukan dan tendangan yang tidak henti memberi kemengan kepada Jake Butler.
Perlawanan seteruanya pelawaan Eduard Falayang dari Philippines menentang Tetsuya Yamada dari Japan. Agak sedikit membosankan kerana Tetsuya Yamada asyik berada lantai gelangang untuk mengelak dari tumbukan atau tendangan dari Eduard Falayang. Setelah habis 3 pusingan pengadil memutuskan Eduard Falayang dari Philippines sebagi pemenang.
Perlawan yang dinanti nantikan perlawaan antara Eric Kelly dari Philippines menentang Ev Ting dari Malayisia telah tiba. Dperlawanan diakhiri dengan tiga pusingan, tumbukan demi tumbukan tendangan demi tendangan kedua – dua lawan tidak putus asa untuk menang. Akhirnya Eric tumpas di tangan Ev dan membawa kemenangan kepada Anak Malaysia, EV TING.
Kali pertama hadir menyaksikan sendiri One Championship: Clash of Heroes merupan satu keseronokan, dari mula hingga habis semua perlawanan baru YI berganjak dari tempat duduk. Terima kasih sekali lagi kepada Metro Event diatas hadiah yang diberikan.
No comments:
Post a Comment