MESTI CUBA PRETZEL DARI PRETZ N BEANZ ADA KELAINAN TERSENDIRI | KUALA LUMPUR, 12 JANUARI 2016 - Mesti ramai peminat pretzel kat sini kan? Baru-baru ni YI dan geng YI sempat singgah kat Pretz n Beanz yang terletak kat Solaris Mont Kiara. Ramai yang kata pretzel kat sini lain dari yang lain. Kami pun meyusun langkah ke sini untuk cuba sendiri.
Sampai kat sini agak lewat macam biasa la kat sini memang susah nak parking kareta. So kami pun park la kat bulding sebelah murah jer RM 1 per entry. So lepas ni kalau korang datang sini tak payah nak mengigihkan diri untuk cari parking.
Macam mana nak cari senang jer. Kalau korang masuk jalan utama ke Solaris korang akan nampak Pretz N Beanz ni betul- betul sebelah jalan.
Masa YI sampai kat sini benda pertama yang manarik perhatian YI ialah konsep dan susun atur kat cafe, cafe ini mengutamakan keselesaan pelangan, pelangan boleh pilih nak duduk kat sofa, kat dining table atau kat ruang kaki lima. Kalau nak sejuk kat dalam la kalau nak merokok sila la duduk kat luar. hehehehe.
Cafe ini menyajikan Pretzel dan coffee sebagai menu utama ya la kan nama cafe ni pun dah Pretz N Beanz. Tetapi bukan itu saja ada kat sini, macam-macam ada dari menu breakfast sampai la ke desert. Meh tengok menu yang ada kat sini.
Kalau korang nak tahu nama makanan atau minuman yang berwarna jingga tu la hot selling yang ada kat sini dan korang patut cuba. Askyik membebel jer bila nak makan ni. Perut pun dah lapar, nak tau sedap ke tak jom kita try.
Basil Cheece RM 7.30 |
Cinnamon Sugar RM 6.25 |
Pretzal yang paling diminati oleh pelangan kat sini dan mesti akan order lagi iaitu Pretzel Basil Cheese dan Cinnamon Sugar. Memang sedap ditambah pulak dengan dip bertambah kelazatan.
Hot Pepper Chilli Chicken RM 15.80 - 7 inc RM 22.15 - 10 inc |
Chicken Hawaiian RM 15.80 - 7 inc RM 22.15 - 10 inc |
Pizza kat sini mempunyai kelainananya yang tersindiri. Pizza disini diperbuat dari doh yang sama untuk membuat pretzel. Walaupun dibiarkan sejuk pizza masih tetap lembut dan sedap tidak seperi pizza-pizza ditempat lain. Kalau korang tak percaya cuba la sendiri. Jom kita try Hawaiian Chicken dan Hot Pepper Chilli Chicken.
Champignon Baked Egg RM 19.90 |
Nak lagi menu berat kat sini banyak menu-manu yang agak berat yang korang boleh cuba but kali ni YI nak cuba 2 menu yang agak popular iaitu Campignon Baked Egg dan Pretz n Stew Green Curry. Bagi cheese lover mesti korang akan jatuh cinta dengan kelazatan Campignon Baked Egg walaupun menu ni adalah menu sarapan tetapi di Pretz N Beanz mempunyai Menu sarapan sepanjang hari walau pun untuk makan malam.
Preyz n' Stew Green Curry RM 17.90 |
Pretz N Stew Green Curry merapakan hot selling item yang ada kat sini. Sangat-sangat sedap dan patut cuba. Bila YI dah start cicah pretzel dengan green curry ni rasa tak nak stop pulak. Dah nama pun melayu kan korang try la add ons Butter Rice untuk dimakan bersama Creen Curry. Fuh memang sedap. Kalau korang nak tau belum ada kedai pretzel lain yang buat macam ni. Ingat if korang dah sampai sini jangan lupa cuba yang ni k.
Green Mint Chocolate RM 13.90 |
Sebelum kita nak cuba desert yang ada. jom kita order minuman panas yang ada kat sini. YI nak try Green Mint Chocolate, rasa memang halus dan sedap. Dengan presentation menarik membuatkan YI lagi selera lagi nak minum.
Triple Chocolate Cake RM 10.50 |
Volcano Chocolate Cake with Ice Cream RM 13.65 |
Untuk desert pulak YI pilih Triple Chocolate Cake dan Volcano Chocolate Cake with Ice Cream. Triple Chocolate Cake bila dah cuba sekali nak lagi dengan cake yang lembut membuat lagi cake ni bertambah sedap. Jangan citer la bab Volcano Chocolate Cake with Ice Cream memang meleleh habis. Memang tak terkata sedap giler. Makan Chocolate cake dengan chocolate yang meleleh dalam mulut . Kepada peminat chocolate YI syorkan untuk cuba ni.
Perut pun dah kenyang dah tak larat lagi nak makan. Sampai disini sahaja nukilan kali ini. Bagi korang yang nak datang kat sini korang tengok detail kat bawah ni :
FB: Pretz n' Beanz Cafe
Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur.
Kredit Gambar : www.sallysamsaiman.com
Jom repeat lagiii!! Nak Cinnamon tuuu
ReplyDeleteBila nak g lagi
DeleteJom repeat.. rindu Volcano Cake With Ice Cream.. Melting!
ReplyDeleteNak....
Deletepizza nya thw best :-)
ReplyDeleteSangat best n sedap... pizza yang lembut
DeleteSangat best n sedap... pizza yang lembut
Delete