MASAKAN PADANG KEMBALI LAGI DI BEST WESTERN HOTEL PETALING JAYA | BEST WESTERN Hotel Petaling Jaya Malaysia terletak di lokasi strategik di tengah-tengah pusat Petaling Jaya yang banyak menempatkan perniagaan baru. Hotel ini menyediakan 344 bilik tetamu serta suite yang dihias indah. Bertemakan konsep CENTRESTAGE yang menawarkan pelbagai kemudahan perniagaan, riadah dan gaya hidup di bawah satu bumbung. Mengambil masa dalam 50 minit untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan 30 minit untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang, manakala 10 minit untuk ke Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Hotel ini merupakan pilihan terbaik bagi mereka yang mempunyai urusan perniagaan dan percutian di Kuala Lumpur.
Untuk entri kali ini, YI hanya akan fokuskan tentang menu-menu hidangan dan promosi yang terdapat di Kembali Kitchen di Best Western Hotel Petaling Jaya. Untuk pengetahuan korang di Kembali Kitchen menawarkan pelbagai jenis hidangan serta masakan popular dari Indonesia iaitu Nasi Padang.
Menu istimewa ini adalah hasil air tangan Chef Awie yang berasal dari Indonesia.
Biarpun keluasan agak terhad, namun susunatur buffet hidangan memang luas dan selesa.
Dengan terletaknya bahagian pencucu mulut seperti buah-buahan.
Dan juga beberapa kek serta manisan mulut.
Pastinya kuih-muih tempatan menjadi tarikan terutama bagi pengunjung cafe warganegara asing.
Kios salad dan beberapa sayur ulaman.
Ini adalah seksyen gado-gado, hidangan popular di Indonesia yang menggabungkan beberapa jenis sayur bersama kuah pecal kacang yang enak.
Terdapat juga roti bersama jem disediakan bagi mereka yang gemar untuk menikmati kudapan yang ringkas tanpi mengenyangkan.
Antara hidangan hebat yang disediakan oleh Chef Awie dengan bantuan pembantu chef yang lain seperti:-
Pecel lele (ikan keli masak berlado)
Gulai daging
Gulai nenas ikan masin
Ayam goreng berempah
Daging bakar cicah ayam asam
Sayur Goreng Kacang Buncis
Ayam goreng kunyit
Udang goreng petai
Lemak yang dibuat gulai.
Rendang daging.
Memang lauk-pauk yang disediakan memenuhi citarasa melayu, sedap dan bervariasi juga.
YI juga suka dengan keluasan tempat makan yang cukup sederhana tapi mampu untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai pada satu-satu masa.
Bagi mereka yang dalam datang 4 orang ke atas
Lebih santai untuk pelanggan yang datang seramai 4 orang dan kurang daripadanya.
Pelanggan juga boleh melihat sendiri keadaan dapur yang sentiasa bersih dan kemas.
Harga promosi bagi buffet Nasi Padang ni.
Dewasa : RM30 (nett)
Kanak-kanak : RM15 (nett)
Dari pukul 12 tengahari - 2.30 petang (Isnin-Jumaat)
Keterangan lanjut mengenai lain-lain promosi boleh layari;
No comments:
Post a Comment