MAMEE RAI ULANGTAHUN KE-45 BERSAMA MAMEE JONKER HOUSE | MELAKA, 3 Disember 2015 – Mamee Double Decker (M) Sdn.Bhd. meraikan sambutan ulangtahun penubuhannya yang ke-45 bersama Mamee Jonker House di Banda Hilir, Melaka. Bertempat di lokasi strategik Jalan Hang Jebat atau lebih dikenali sebagai Jalan Jonker, Mamee Jonker House yang dibuka pada 8 Ogos 2013 merupakan stor konsep jualan ulung di bawah kumpulan ini selepas lebih 40 tahun berkecimpung sebagai penggiat ulung dalam industri pembuatan makanan dan minuman.
Merancakkan acara sambutan tahun ini, kumpulan media tempatan telah dibawa melawat dan merasai sendiri pengalaman unik Mamee Jonker House dalam sentuhan moden namun mengekalkan ciri warisan bangunan lama Melaka. Kumpulan media turut dibawa menyertai aktivit istimewa di Mamee Jonker House termasuk proses pembuatan dan penyediaan mee kegemaran.
“Kami mahu kekal sebagai peneraju utama dalam industri makanan di Malaysia menjelang sambutan ke-45 tahun syarikat ini. Kami ingin terus memelihara hubungan baik bersama pihak media dan masyarakat keseluruhan, justeru Mamee Jonker House dilihat sebagai pemangkin dalam mendekatkan kami ke arah usaha ini,” menurut Tan Sri Pang Tee Chew Ketua Pegawai Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Sdn.Bhd.
Mamee Jonker House menampilkan segmen Kafe Mamee, Galeri World of Good Taste, Noodle Doodle, Dapur Lil Monster dan Stor Cenderamata:
Kafe Mamee
Rasai pengalaman sajian tradisi dan lazat antaranya Laksa Kari Mamee Chef, Mee Goreng Mamak Mamee dan resipi tradisi istimewa Nasi Ayam Hainan selain aneka pencuci mulut di Kafe Mamee Jonker House. Kesemua sajian telah mendapat pensijilan Halal oleh JAKIM Malaysia.
Galeri World of Good Taste
Berhibur dalam dunia Mamee Monster House yang pertama di Malaysia dan pelbagai segmen menarik untuk gambar kenangan. Ketahui sejarah dan evolusi produk Mamee Double Decker dalam suasana interaktif.
Noodle Doodle
Pernah terfikir mencipta resepi mee cawan tersendiri? Campur dan suaikan perasa serta kondimen kegemaran dalam langkah mudah untuk mee cawan Mamee yang hebat.
Dapur Lil Monster
Ingin mengetahui cara penghasilan snek Mamee yang lazat? Dapur Lil Monster menawarkan pengalaman istimewa praktikal penyediaan snek Mamee kegemaran. Ikuti bengkel 90 minit bersama krew Mamee dan pelajari penyediaan bahan-bahan serta langkah penghasilan snek Mamee. Proses yang sama diguna-pakai dalam skala kilang yang lebih besar!
Stor Cenderamata Mamee
Lengkapkan pengembaraan di Mamee Jonker House bersama koleksi cenderamata edisi terhad untuk yang tersayang.
Lawati Mamee Jonker House hari ini dan sertai pelbagai aktiviti menarik sempena Ulangtahun Mamee yang ke-45! Untuk maklumat lanjut, layari www.mameejonkerhouse.com dan ikuti laman sosial Facebook serta Instagram @mameejonkerhouse untuk perkembangan terkini.
No comments:
Post a Comment