PELANCARAN PUSAT KECANTIKAN WAJAH NAARABELLE FACESPA

PELANCARAN PUSAT KECANTIKAN WAJAH NAARABELLE FACESPA | KUALA LUMPUR, 15 Sept 2016 - Pusat kecantikan Naarabelle Facespa hari ini dilancarkan secara rasmi dengan menawarkan rawatan kepada wanita yang mempunyai kulit bermasalah. 


Pengarah urusannya, Wan Ahmad Fadhil Wan Jaafar, berkata, pusat kecantikan ini juga menawarkan perkhidmatan dengan kos yang sangat berpatutan untuk semua golongan masyarakat. 

“Dengan teknologi yang digunakan di Naarabelle Facespa juga mempunyai kualiti daripada gred yang bermutu tinggi serta canggih mengikut peredaran mada kini dan juga global.


“Selain itu, fasiliti yang disediakan Naarabelle Facespa turut dititikberatkan bagi menjaga pelanggan yang sedang menunggu agar berasa selesa dan tenang sebelum menerima perkhidmatan kami,” katanya.


Dalam pada itu, tambah Fadhil, keistimewaan Naarabelle Facespa juga menggabungkan cara rawatan secara teknologi moden dan tradisional. 

“Di Naarabelle Facespa, kami menggabungkan konsep rawatan tradisional dan moden yang digunakan oleh pakar kecantikan terlatih.


“Pelanggan turut merasai pengalaman rawatan berteknologi terbaik, dalam masa yang sama turut merasai suasana mewah dan selesa dengan harga berbaloi," ujarnya. 

Naarabelle Facespa juga merupakan kolaberasi bersama usahawan tudung terkenal Bella Amara, Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh atau lebih dikenali sebagai Bella Amara

Sharifah Nabilla atau Belle secara tidak langsung menjadi duta kepada Naarabelle Facespa. 


“Ramai yang bertanya kepada saya mengenai penjagaan wajah dan produk yang saya guna untuk mengekalkan kecantiakn walaupun penat bekerja seharian menguruskan butik.

"Ini adalah salah satu cara saya berkongsi rahsia dan mencuba satu lagi cabang perniagaan baru," ujar Belle. 


Dalam pada itu, menerusi pelan jangka panjang Naarabelle Facespa merancang untuk membuka 50 cawangan di seluruh negara termasuk memberi peluang kepada usahawan baharu yang berminat untuk membuka cawangan di negeri mereka. 

Share this:

PESANAN PEMILIK

Yazid Izzat

Hai, Terima Kasih sudi singgah dan membaca article kali ni. Kalau tidak keberatan jangan lupa untuk komen, share dan follow. Jangan lupa untuk ke Instagram YI disana banyak gambar-gambar yang menarik. www.instagram.com/yazidizzat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Terbaikk... dari gambar dah terasa seperti berada di spa tersebut...

    ReplyDelete