ROZITA CHE WAN JADI DUTA GEGAR FEST

ROZITA CHE WAN JADI DUTA GEGAR FEST | KUALA LUMPUR, 12 Ogos 2015- Festival fesyen anjuran Gegar Fest bakal berlangsung secara besar-besaran di Stadium Negeri Kuala Terenganu pada 26 dan 27 Ogos ini.  


Pengarah Urusan RSZ Event Empire, Zurina johari berkata, ia bertujuan mengetengahkan jenama-jenama fesyen yang baharu berjinak-jinak dalam industri terutama bagi yang tinggal di luar bandar. 

"Kita memilih Terenganu berikutan melihat potensi dan bakat-bakat usahawan dalam bidang fesyen di negeri ini yang belum diketengahkan. 


"Ia juga secara tidak langsung memudahkan masyarakat negeri itu untuk mencari pakaian yang mereka idamkan tanpa perlu ke butik" ujarnya. 

Gegar Fest turut melantik pelakon dan ikon fesyen Rozita Che Wan sebagai duta berikutan pengaruhnya yang kuat dalam industri fesyen tanah air tanpa mengira usia. 


"Rozita merupakan ikon fesyen di Malaysia dan pengaruh beliau dalam bidang ini sangat kuat terutama di laman sosial. 

"Orang ramai yang meminatnya juga boleh berjumpa dan beramah mesra dengan Che Ta serta bebebapa artis lain seperti Jihan Musa, Dafi, Zain Saidin, Sabhi Sadhi, Rizal Jaafar, Datuk Aznil Nawawi  dan Aaishah Dhia Rana di Gegar Fest pada 26 dan 27 Ogos ini," ujarnya. 


Selain itu, Gegar Fest merupakan festival fesyen yang sering diadakan tanpa mengira musim perayaan sahaja. 

Ia memberi ruang niaga kepada vendor yang berminat dengan barga yang sangat berpatutan iaitu dari RM1,950. 


Untuk keterangan tentang urusan berkaitan vendor boleh menghubungi RSZ Event Empire di nombor 017-2294779 (Qaseh), 019-2848952 (Rin), 013-2191015 (Yana).

Share this:

PESANAN PEMILIK

Yazid Izzat

Hai, Terima Kasih sudi singgah dan membaca article kali ni. Kalau tidak keberatan jangan lupa untuk komen, share dan follow. Jangan lupa untuk ke Instagram YI disana banyak gambar-gambar yang menarik. www.instagram.com/yazidizzat

0 comments:

Post a Comment