AIRASIA RUNWAY READY DESIGNER SEARCH BERAKHIR DENGAN PENUH GEMILANG!

AIRASIA RUNWAY READY DESIGNER SEARCH BERAKHIR DENGAN PENUH GEMILANG! | KUALA LUMPUR, 19 Ogos 2016 – Lima belas bakat muda dari rantau Asean mempamerkan rekaan mereka di pusingan akhir pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search yang berlangsung di Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear 2016. Pencarian pereka muda inisiatif AirAsia ini telah dilanjutkan ke lima buah negara Asean berikutan kejayaan pada tahun 2015.

 

Pertandingan ini, yang bertujuan untuk mengenengahkan belia dan membangunkan bakat muda dalam industri fesyen di rantau ini, telah ke Jakarta, Manila, Kuala Lumpur, Singapura dan Bangkok dari Mac hingga Jun 2016 untuk mencari bakat-bakat muda. Melalui ujibakat yang diadakan di setiap bandar, tiga orang pereka muda dipilih untuk mewakili  setiap negara.


15 finalis mempamerkan rekaan mereka yang berilhamkan Asean KLFWRTW 2016. Panel hakim bagi pusingan akhir adalah pakar industri fesyen dari lima buah negara Asean, serta Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad; Andrew Tan, pengasas KLFWRTW; dan Vivy Yusof, pengasas bersama FashionValet.


Pemenang Utama dinobatkan  gelaran '‘AirAsia’s Most Promising Young Designer 2016’  dan memenangi hadiah berupa segmen untuk mempamerkan koleksi penuh pada KLFWRTW 2017; mentor daripada pasukan KLFWRTW; RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan sebuah koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com; 150,000 mata ganjaran AirAsia BIG dan sepasang tiket penerbangan AirAsia.


Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, "AirAsia berbangga membawa para peserta dari lima buah negara ke Kuala Lumpur untuk pusingan terakhir AirAsia Runway Ready Designer Search. Kami amat kagum dengan kualiti rekaan dari pereka-pereka muda ini dan ini memperlihatkan kualiti hebat bakat-bakat yang boleh ditemui di Asean. Sepanjang pertandingan ini, para peserta diberi peluang untuk menimba ilmu daripada ramai pereka fesyen yang tersohor dan juga pemilik perniagaan serta rakan media. Kami teruja untuk melihat mereka terus berkembang pada tahun-tahun akan datang."


"Kami berada di sini untuk membantu mengenengahkan bakat-bakat baru dan kami berbesar hati untuk sekali lagi bekerjasama dengan KLFWRTW; dengan matlamat untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab fesyen di rantau ini. Selain daripada pertandingan ini, AirAsia juga menerbangkan pereka fesyen dari India, China, Korea Selatan dan Australia untuk mengambil bahagian dalam acara fesyen selama seminggu ini " tambah Aireen.

 

Andrew Tan, Pengasas KL Fashion Week Ready to Wear berkata, " Kami teruja berpeluang untuk bekerjasama dengan AirAsia buat kali kedua dan dapat memupuk bakat-bakat baru, serta memberi peluang kepada pereka muda untuk membentangkan koleksi dan kreativiti pada satu landasan profesional. Pertandingan tahun ini adalah lebih mencabar bagi pereka muda fesyen tempatan tetapi saya percaya ini juga adalah peluang keemasan kepada pelajar untuk bertukar-tukar idea-idea yang kreatif dengan rakan-rakan mereka."

 

Vivy Yusof, Pengasas bersama FashionValet berkata, "Bekerjasama dengan AirAsia untuk pencarian pereka muda pada tahun ini merupakan satu pengalaman yang hebat. Kami berbesar hati untuk menyokong pemenang utama dengan mengeluarkan koleksi kapsul pertama yang boleh didapati di fashionvalet.com. FashionValet sentiasa menyokong pereka tempatan & serantau untuk menghubungkan jenama mereka kepada pengguna yang lebih luas dan kami amat teruja untuk menyokong seorang lagi bakat muda dalam industri fesyen."


3 pemenang Utama dari  AirAsia Runway Ready Designer Search 2015  - Lee Bao En, Shazmin dan Ter Mei Ching juga telah mempamerkan koleksi penuh mereka di pentas peragaan KLFWRTW, menandakan kemunculan pertama mereka sebagai pereka pada platform sebesar KL Fashion Week.



AirAsia juga merupakan Preferred Travel Partner bagi KLFWRTW 2016 dan berbangga menerbangkan pereka fesyen antarabangsa dari rangkaian laluan AirAsia yang luas termasuk dari India (P.E.L.L.A), China (Angel Chen), Australia (Betty Tran) dan Korea Selatan (D.GNAK), membuatkan KL Fashion Week RTW 2016 sebagai acara fesyen antarabangsa.

       

Program kesetiaan AirAsia BIG dan FashionValet adalah penaja AirAsia Runway Ready Designer Search 2016.

 

Ikut saluran Youtube AirAsia (youtube.com/user/AirAsia) untuk webisodes yang memaparkan perjalanan semua peserta sepanjang pencarian seluruh rantau AirAsia Runway Ready Designer Search 2016, atau ikuti hashtag #AirAsiaRunway di saluran media sosial lain seperti Facebook (www.facebook.com/AirAsia) dan Twitter (www.twitter.com/AirAsia).

Share this:

PESANAN PEMILIK

Yazid Izzat

Hai, Terima Kasih sudi singgah dan membaca article kali ni. Kalau tidak keberatan jangan lupa untuk komen, share dan follow. Jangan lupa untuk ke Instagram YI disana banyak gambar-gambar yang menarik. www.instagram.com/yazidizzat

0 comments:

Post a Comment