THE HUMBLE CHEF, SIMPLE, SEDAP DAN MURAH | KOTA DAMANSARA, 04 JULAI 2016 - Kalau sebelum ni YI selalu post about buffet, kali nie YI akan share untuk korang yang gemar western cuisine.
THE HUMBLE CHEF dimiliki oleh Chef Rosman yang mempunyai pengalaman 10 tahun sebagai chef di hotel terkemuka di Malaysia. Chef Rosman sebenarnya, memulakan perniagaan ni hanya dengan "food truck" dan sasaran utama ialah student-student. Setelah mendapat sambutan Chef Rosman membuka Restoren di Bukit Damansara. Dalam perancangan Chef Rosman akan membuka cawangan baru di Serdang, so lepas ni orang serdang boleh ala pergi and try sendiri.




YI tak nak membebel panjang-panjang jom kite tengok menu yang ade kat THE HUMBLE CHEF. Alhamdulillah semua menu YI dah rasa. Semuayer sedap-sedap belake dan harga kat sini bermula dari RM 2.50 hingga RM 20.00 murah kan.
Disebabkan sedap dan murah YI sekali lagi datang untuk berbuka puasa di THE HUMBLE CHEF. Terbukti kesedapan yer bila kawan opis makan sampai dua dan siap tapau bawa balik.


So korang ape tunggu lagi jom serbu THE HUMBLE CHEF, untuk maklumat lanjut:
RESTORAN HUMBLE CHEF
54, Jalan Medan Setia 2, Plaza Damansara
Bukit Damansara, 50490, Kuala Lumpur
Waktu Perniagaan :
Dibuka setiap hari bermula jam
10 pagi - 10 malam (weekdays)
11 pagi - 11 malam (weekend)
Instagram: @mrhumble
No comments:
Post a Comment