Travel the world

Eating Time

Post Page Advertisement [Top]

google.com, pub-5387323439719362, DIRECT, f08c47fec0942fa0
SESI TEMURAMAH BERSAMA MAMEE SEMPERNA MIHAS 2016| KUALA KUMPUR, 02 APRIL 2016 -YI Berkesempatan ke MIHAS di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) untuk Pameran Halal Antarabangsa. Bermula dari 30 Mac sehinggalah 2 April 2016, MIHAS berjaya mengumpul ramai usahawan dan syarikat syarikat yang mengeluarkan produk Halal yang ada di pasaran sekarang. Antara yang ada di pameran ini adalah produk Mamee.



YI dan dua lagi bloggers diberi kesempatan dalam satu acara temuramah yang santai bersama Pengurus Hal Ehwal Islam dan Perhubungan Kerajaan Mamee, Encik Ahmad Syukry Ibrahim. Di sini dapat lah ksmi bertanyakan serba sedikit tentang produk Mamee secara lebih menyeluruh. Kalau korang nak tahu, Mamee hanya bermula dengan jualan produk snek yang dulunya dikenali dengan nama Lucky.

A video posted by Yazid Izzat (@yazidizzat) on


Mamee ditubuhkan pada tahun 1971 yang mana masa itu dikenali sebagai LUCKY tetapi Brand itu sendiri tidak membawa luck kepada company itu. Pengasas Mamee mendapat ilham dimana ketika anak kecil mula pandai bercakap perkataan pertama ialah MUMMY. MUMMY tersebut ditukar ejaannya menjadi lebih komersil iaitu Mamee.


Bermula dari keluaran snek, kini ni Mamee sudah keluarkan pelbagai jenis produk yang bukan sahaja makanan seperti snek, mee segera dan juga pop corn tetapi juga produk minuman seperti minuman kultur yang dikenali sebagai Nutrigen dan juga minuman herba Cool Tea.


Selain tu, Encik Ahmad Syukry memaklumkan kesemua produk Mamee sejak dari dulu memang telah disahkan halal. Setiap produk yang ingin dikeluarkan telah melalui proses pengesahan halal dari Jakim dan mereka sentiasa menjaga nama baik mereka bersama Jakim. Termasuklah dari segi bahan bahan yang mereka gunakan daripada pembekal pembekal luar semuanya halal.


Untuk makluman korang, sekiranya korang melancong di luar negara, kalau korang terjumpa dengan produk Mamee Jangan was was untuk beli kerana sebelum di eksport ke luar negara. Pengesahan halal dari Jakim memang dah diluluskan walaupun pembungkusan di luar negara tidak dipamerkan logo Halal Itu hanya untuk mematuhi kehendak dari negara tersebut.


Dan kalau korang nak tahu juga, keluaran di setiap negara mempunyai rasa yang berbeza juga kerana pihak Mamee sentiasa memastikan citarasa di tempat tersebut mengikut citarasa penduduk di sana. Sekiranya di eksport ke Australia rasa tu tak kan sama dengan rasa yang ada di Malaysia. Pembungkusan pun tak sama dengan keluaran di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib