PENJENAMAAN SEMULA TAMAN WARISAN PERTANIAN PUTRJAYA | PUTRAJAYA, 26 FEBRUARI 2016 - YI dan rakan-rakan blogger yang lain berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Bazar Warisan bertempat di Taman Warisan Petanian Putrajaya. Majlis yang telah dirasmikan oleh Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya.
Ketika merasmikan Bazar Warisan, Datuk Seri Haji Hasim Bin Haji Ismail, Berkata “Tujuan menjenamaan semula Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai destinasi pelancongan yang berteraskan kepelbagaian warian pertanian, kebudayaan dan produk, program Bazar Warisan dijangka menjadikan taman ini sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti rekreasi dan riadah terutamanya di dusun buah-buahan tempatan yang terdapat di taman ini.
Bazar Warisan merupakan program bulanan yang akan diadakan di Tawan Warisan Pertanian Putrajaya, Program yang akan berlansung setiap bulan menyediakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pameran pertanian, persembahan musical dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti untuk kanak-kanak. Disamping itu, jualan pelbagai produk IKS, kraf serta anak pokok buah, herba, tanah kompos dan sebagainya, demontrasi mengacau dodol, mengacau bubur lambuk, mencanting batik dan anyaman ketupat serta persembahan angklung dan cepuling turut diadakan untuk tatapan pengunjung.
Selaras dengan sasaran kerajaan untuk bekerjasama dengan pihak korporat menerusi kolaberasi pintar, Putrajaya Flora Sdn Bhd (PFSB) juga menjalinkan kerjasama dengan pihak Felda D’Saji untuk memasarkan Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai lokasi terpilih untuk majlis perkahwinan”.
Sebagai usaha penjenamaan semula Taman Warisan Pertanian Putrajaya, Putrajaya Flora Sdn Bhd (PFSB) juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Tourism Malaysia, pihak hotel, agensi pelancongan dan media untuk mempromosikan Taman Warisan Pertanian Putrajaya sebagai produk pelancongan yang mesti dikunjungi di Putrajaya. Jesteru itu, beberapa pakej diperkenalkan untuk dipasarakan khususnya kepada pelancong seperti Pakej Sarapan Warisan, Pakej Kampung Warisan, Pakej Santai Warisan dan Pakej Pelajar.
Taman Warisan Pertanian Putrajaya juga merupakan lokasi ke 12 Felda D’Saji untuk vanue perkahwinan yang berkonsepkan tradisional warisan melayu. Dengan kemudahan yang lengkap, seperti tempat letak kereta yang luas surau dan tandas awam. Makanan yang dihidangan oleh Felda D’Saji tidak pernah mengecewakan, kepada yang mengemarkan konsep tradisional warisan melayu boleh hubungi Felda D’Saji untuk tempahan untuk majlis perkhawinan di Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Dari wedding planner, pakej catering sehinggalah pelamin, Harga bermula serendah RM 28.00/pax.
Untuk tempahan boleh hubungi Felda D’Saji di talian:
03-36988302 | 03-8881 1311| 013-386 0453 | 019-295 6232
Email: salesdsaji@felda.net.my
Untuk maklumat lebih lanjut sila layari:
No comments:
Post a Comment