JELAJAH MERDEKA AEON AKAR KITA ZAPIN ZON UTARA 2015| Baru – baru ini telah berlangsungnya Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 bagi peringkat Zon Utara yang mana telah diadakan di AEON Mall Taiping Perak, selaku penaja lokasi untuk program ini.
Program ini telah dianjurkan oleh persatuan Tatih Seni Malaysia, Persatuan Belia Kota Gagasan & Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd serta mendapat kerjasama dan tajaan penuh dari Seputra persiaran Ekspress -SPE selaku bas rasmi, Mingguan Malaysia selaku media rasmi, radio internet rasmi acara ini Koopstar.FM, serta konvoi merdeka bersama media dan artis dibawakan oleh Perdana Group 1 Malaysia dan Brotherhood Bikers Club.
Setelah tiba di Taiping Perak, destinasi pertama kami ialah Hotel Taiping Perdana dimana Hotel Taiping Perdana merupakan penaja bagi peserta dan media yang terlibat dalam program ini.
![]() |
Hotel Taiping Perdana |
Sebelum ke AEON Mall Taiping Perak kami sempat menyertai Konvoi Jelajah Merdeka AEON ini ke Zoo Taiping untuk tujuan mempromosikan lagi program ini.
Pertandingan Zapin Mania selaku acara utama dalam siri Jelakah ini telah menyaksikan persaigan sengit diantara 4 kumpulan iaitu Tingkah Laksamana, Lasykar Tari, Lanteran Mutiara dan Destar Lima bagi Zon Utara.
Kumpulan Lasykar Tari merupakan johan pertandingan ini bagi Zon Utara, Namum begitu Kumpulan Destar Lima yang memenangi tempat kedua juga turut mara ke peringkat Kebangsaan untuk berentap bersama-sama dengan pilihan Zon Timur, Tengah dan juga Selatan.
Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 peringakat Kebangsaan akan diadakan pada 14 - 16 Ogos 2015 di AEON Mall Cheras Selatan, Selangot. Manakala bagi peringkat Nusantara akan diadakan di AEON Mall AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur pada 21 - 23 ogos 2015.
Hadiah pemenang Platinum, Emas, Perak dan Gangsa peringkat Kebangsaan dan Nusantara akan menerima wang tunai RM 8,000, RM 3,000 dan RM 1,500 serta trofi yang ditaja oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. memang gemak habis program ini tambah - tambah lagi bila dapat tengok secara langung.
Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015 seterusnya akan ke:
-AEON Mall Seri Manjung Perak pada 22 - 24 Mei 2015
-AEON Mall Rawang Selangor pada 5 - 7 Jun 2015
-AEON Mall Tebrau Sity Johor Bahru pada 24 - 36 Julai 2015
-AEON Mall Cheras Selatan Selangor pada 14 - 16 Ogos 2015
-AEON Mall AU2 Setiawangsa Kuala Lumpur pada 21 - 23 Ogos 2015
Jadi tunggu apa lagi, jom datang beramai-ramai ke Siri Jelajah Merdeka AEON Akar Kita Zapin 2015.Jangan lepaskan peluang anda untuk melihat sendiri kehebatan mereka berentap.
No comments:
Post a Comment